MB Selangor Tidak Bimbang Dokumen Urusniaga Pasir Hilang

Diterbitkan: Ahad, 13 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kehilangan dokumen penting berkaitan urusniaga pasir di negeri itu bukan masalah besar kerana salinannya masih boleh diperolehi menerusi sistem pengkomputeran.

Beliau berkata kandungan dokumen berkenaan juga boleh didapati menerusi audit secara fizikal ke atas Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), iaitu pemegang konsesi perlombongan pasir di negeri itu.

"Tak timbul masalah. Saya anggap ini (kehilangan dokumen) sebagai satu perbuatan jenayah. Kita kena buat sesuatu agar perkara itu tidak berulang," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Abdul Khalid diminta mengulas laporan polis yang dibuat seorang pegawai Jabatan Tanah dan Galian semalam berkenaan kehilangan dokumen tersebut daripada pejabatnya di tingkat empat bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Pegawai tersebut sedang membuat siasatan dalaman berhubung aktiviti urusniaga pasir di negeri itu.

Mengulas lanjut, Khalid berkata kehilangan dokumen juga adalah perkara biasa di mana-mana tempat kerja.

Isu urusniaga pasir di Selangor mendapat perhatian selepas Anggota Parlimen Kapar S. Manikavasagam mendakwa terdapat unsur rasuah dan penyelewengan di KSSB yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri.

Bagaimanapun Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang menyiasat dakwaan tersebut tidak menemui sebarang bukti yang mengaitkan KSSB dengan unsur rasuah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan