Malaysia Akan Usul Sidang Khas PBB Kecam Keganasan Rejim Zionis Israel - Najib

Diterbitkan: Ahad, 13 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia akan meminta persetujuan negara-negara yang sependapat menentang kezaliman rejim Zionis untuk mengadakan satu sidang khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) September depan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, beliau akan meminta Wakil Tetap Malaysia ke PBB Datuk Hamidon Ali mengadakan perjumpaan dengan Setiausaha Agung PBB Ban Ki-Moon untuk menyatakan bahawa Malaysia adalah antara negara yang akan mengusulkan perkara ini.

"Saya juga akan berhubung dengan negara anggota OIC, NAM dan negara-negara lain yang maju tetapi sependapat dengan kita 'like minded country' supaya mereka juga akan bersama-sama bersetuju supaya satu sidang khas PBB lakukan bulan September ini," katanya ketika berucap melancarkan program Rally 1Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil di sini.

Najib sebelum ini telah membentangkan usul di Dewan Rakyat bagi mengutuk serangan kejam tentera rejim Israel ke atas konvoi kapal Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Program Rally 1Malaysia itu yang dianjurkan Pemuda Barisan Nasional (BN) menghimpunkan suara belia 1Malaysia merentasi agama dan kaum bagi menentang kekejaman rejim Zionis Israel di samping menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin.

Ia juga bertujuan memperjelaskan dasar kerajaan dan mendapatkan maklum balas rakyat terhadap pelaksanaannya.

Serentak dengan itu, Perdana Menteri turut melancarkan Program Jelajah 1Malaysia (JOM) iaitu program turun padang bagi mendekati masyarakat di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

Dalam ucapannya juga, Najib berkata, kerajaan akan memberi perhatian dan bantuan kepada belia yang mempunyai potensi besar untuk berjaya tanpa mengira kuota khas.

"Kita akan bantu para pemuda dan belia yang berpotensi untuk berjaya kerana mereka mempunyai daya saing dan ada daya juang serta berani melangkah ke hadapan dan membuat perubahan... pemuda yang berpotensi untuk jadi domestik, regional dan international global champion.

"Saya nak kenal pasti di kalangan pemuda dan wanita siapa yang mempunyai kesanggupan untuk berjaya dan berubah dan menjadi jaguh dunia. Kerajaan akan bantu untuk capai... inilah intipati pada falsafah kita," katanya.

Turut hadir pada program yang bertemakan "1Misi, 1Hati, 1Pemuda, 1Malaysia" itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon serta para pemimpin pemuda parti komponen BN termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Sempena pelancaran itu, Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (Aman Malaysia) mengadakan pameran "Selamatkan Palestin" di Stadium Putra Bukit Jalil yang memberi maklumat kepada orang ramai mengenai sejarah kependudukan bumi Palestin serta gambar yang memaparkan pencerobohan dan kekejaman regim zionis.

Pengerusi Aman Malaysia, Datuk Ahmad Zaki Zahid berkata, pameran itu akan dipindahkan ke KL Sentral minggu depan sebelum bergerak ke destinasi lain di seluruh negara.

Beliau juga berkata, kempen "SMS Untuk Gaza" yang dilancarkan oleh Aman Malaysia minggu lepas telah berjaya mendapat 40,000 pesanan di mana kutipan daripada penghantaran SMS akan disalurkan ke Gaza menerusi Kementerian Luar.

Beliau berkata, rakyat Malaysia boleh menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin menerusi SMS dengan menaip GAZA dan hantar kepada 32928 di mana setiap penghantaran akan dikenakan caj 50 sen oleh syarikat komunikasi. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan