Kumpul Tanda Tangan Sokong Usul Kecam Israel Di PBB

Diterbitkan: Ahad, 13 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Usaha mengumpul tanda tangan di kalangan rakyat Malaysia bagi menyokong usul mengecam Israel di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan dilakukan tidak lama lagi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata usaha tersebut diputuskan dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini selepas usul khas berkenaan dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat Isnin lalu.

"Jika usul tergempar yang dibentang di Dewan Rakyat boleh diterima sebulat suara tanpa mengira fahaman politik, jadi apa alasan masyarakat untuk tidak menyahut cabaran dan usul ini," katanya di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri turut berkata beliau akan meminta Wakil tetap Malaysia ke PBB, Datuk Hamidon Ali mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon bagi menyatakan bahawa Malaysia adalah antara negara yang akan mengusulkan perkara tersebut.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata gerakan mengumpul tanda tangan akan dilakukan oleh badan-badan bukan kerajaan termasuk Aman Malaysia.

"Usaha ini (mengumpul tanda tangan) mungkin nampak kecil tetapi gelombang kecil ini kalau ada cetusan yang boleh menyedarkan, boleh menjadi gelombang besar dan tidak mustahil menjadi tsunami," tegasnya.

Israel melakukan kekejaman terbaru apabila menyerang kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza sehingga mengakibatkan sembilan sukarelawan antarabangsa di atas kapal itu terbunuh pada 31 Mei lalu.

Seramai 12 sukarelawan Malaysia turut berada di atas kapal milik Turki tersebut tetapi kesemua mereka terselamat. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan