Kes Lafaz Cerai Sultan Kelantan Dijalankan Secara Tertutup Hari Ini

Diterbitkan: Ahad, 13 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kes perbicaraan pengesahan lafaz cerai talak tiga oleh Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra yang difailkan seorang wanita, Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman, 60, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, dijalankan secara tertutup hari ini.

Permohonan supaya perbicaraan dijalankan secara tertutup itu dibuat peguam syarie yang mewakili Nik Rorhana selaku plaintif, Zainul Rijal Abu Bakar kerana ia membabitkan hal peribadi Sultan Kelantan.

Peguam Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili isteri kedua Sultan Kelantan, Elia Suhana Ahmad, 31, selaku defendan, berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah dan terpulang kepada mahkamah untuk memutuskannya.

Hakim Syarie Abdullah Man kemudiannya membenarkan permohonan plaintif dan memerintahkan prosiding dijalankan secara tertutup.

Ketika ditemui selepas itu, Zainul Rijal berkata pihaknya mengemukakan tiga saksi termasuk Nik Rorhana pada perbicaraan hari ini dan salah seorang daripadanya adalah pengamal perubatan tradisional. Seorang lagi saksi tidak dinyatakan butirannya.

Abdullah kemudiannya menetapkan 30 Jun ini dan 4 Julai depan sebagai tarikh sambung bicara dengan empat lagi saksi bagi pihak plaintif akan dipanggil memberi keterangan.

Pada 23 Mei lepas, mahkamah yang sama menolak permohonan bantahan awal Elia Suhana berhubung pengesahan lafaz cerai talak tiga yang difailkan Nik Rorhana pada 9 Mac lalu.

Ketika membacakan penghakimannya pada ketika itu, Abdullah berkata mahkamah akan memohon untuk menghadap Sultan Kelantan bagi membuat siasatan berhubung lafaz cerai baginda itu.

Sultan Kelantan didakwa telah melafazkan cerai berkenaan ketika baginda masih dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura pada 12 Feb 2010 di hadapan beberapa saksi. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan