Kerajaan Kaji Bahasa Ibunda Sebagai Subjek Wajib Di Sekolah - Muhyiddin

Diterbitkan: Ahad, 13 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji cadangan mewajibkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Tamil dan Mandarin di semua sekolah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembelajaran bahasa ibunda itu sememangnya termaktub sebagai dasar kementerian namun masih belum dilaksanakan sepenuhnya lagi sejak sekian lama.

"Bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris memang penting tetapi bahasa ibunda juga harus kita pelajari untuk memudahkan komunikasi selain mamahami budaya, nilai dan seni kaum lain," katanya.

Beliau berkata demikina semasa berucap merasmikan Konvensyen Parti Progresif Rakyat (PPP) Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan Presiden PPP Datuk M. Kayvaes sebelum itu supaya kerajaan mempertimbangkan supaya kedua-dua bahasa berkenaan dijadikan sebagai subjek wajib di sekolah.

Kayvaes turut menggesa kerajaan supaya mengkaji semula sistem penganugerahan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar cemerlang yang kini dilihat ada kepincangannya.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan sedar kepentingan pelajar mempelajari bahasa ibunda kerana ia mampu meningkatkan persefahaman dalam hubungan antara kaum di negara ini.

Menyentuh soal biasiswa JPA itu, beliau memberi jaminan akan meneliti hal itu supaya mereka yang cemerlang tidak diabaikan.

Katanya pelajar perlu diberikan peluang untuk belajar ke peringkat universiti sama ada menerusi biasiswa atau bantuan pinjaman pelajaran.

"Hal ini sudah dibangkitkan dalam Kabinet. Kita akan meneliti untuk memperbaiki keadaan tersebut," katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan prihatin dengan kebajikan dan pembangunan di sekolah sama ada ia melibatkan sekolah jenis kebangsaan, sekolah bantuan, sekolah agama rakyat dan sekolah mubaligh.

Katanya, kerajaan memperuntukkan RM40 juta untuk menanggung kos utiliti di semua empat kategori sekolah itu.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan