Global Peace Sokong Ketegasan Kerajaan Terhadap Israel

Diterbitkan: Ahad, 13 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir mengalu-alukan langkah kerajaan supaya diadakan satu sidang khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) September ini bagi mengecam Israel.

Beliau yang juga Penasihat Global Peace Organisation (PGPO) menyifatkan usul tersebut sebagai sesuatu yang tegas bagi pihak Malaysia.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan meminta Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Datuk Hamidon Ali mengadakan perjumpaan dengan Setiausaha Agung PBB Ban Ki-Moon bagi menyatakan bahawa Malaysia adalah antara negara yang akan mengusulkan perkara tersebut.

"Lepas ini kita nak lihat apa yang akan dibuat oleh PBB khususnya Majlis Keselamatannya.

"Usaha untuk mengheret dan menghadapkan Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan juga Mahkamah Keadilan Antarabangsa merupakan satu tindakan yang tepat pada masanya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan