Demonstrasi Judi Piala Dunia: Pakai Jersi Tanda Protes

Diterbitkan: Ahad, 13 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Demonstrasi bantahan judi bola sepak anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat pada 3 Julai depan bakal tampil kelainan apabila orang ramai yang terlibat digesa memakai jersi pasukan bola sepak sebagai simbolik bantahan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, cadangan memakai jersi bola sepak sama ada pasukan tempatan ataupun antarabangsa perlu dipandang serius bagi menggambar perubahan gerakan bantahan rakyat yang sangat serius.

"Saya nak minta kepada peserta supaya datang dengan memakai jersi, tak kira jersi apa... ikut negeri masing-masing pun boleh, kalau datang dari Kelantan boleh pakai warna merah dan saya dari Kedah akan pakai warna hijau kuning.

"Dan setiap peserta boleh juga bawa bola seorang sebiji, inilah simbolik kepada demonstrasi menentang judi bola sepak... kita nak sampaikan mesej bahawa bola tak mengapa, tapi judi tak boleh," katanya ketika menggulung ucapan perbahasan Muktamar PAS ke-56 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini hari ini.

Demonstrasi bantahan terhadap tindakan kerajaan meluluskan lesen judi itu akan diadakan di Masjid Negara dan seterusnya berarak menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Selain itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berharap demonstrasi berkenaan disertai oleh seramai mungkin rakyat di seluruh negara bagi menunjukkan bantahan berkenaan.

"Walaubagaimanapun yang penting anda semua datang, jangan takut kepada pihak polis... semangat anda semua itu lebih penting," katanya.

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan