Dakwaan Adun Umno Sertai PKR Satu Pembohongan - MB Perak

Diterbitkan: Ahad, 13 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak bahawa tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Umno akan menyertai pembangkang adalah satu pembohongan, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata dakwaan itu bertujuan memecah-belahkan perpaduan di dalam Umno yang kini semakin kukuh.

"Mereka (pembangkang) cuba untuk mereka-reka isu. Ini adalah satu taktik alih pandang kerana mereka menyaksikan satu demi satu pemimpin mereka meninggalkan parti itu," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Zambry diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan PKR Perak Zulkifli Ibrahim yang sebelum itu memberitahu satu sidang media di sini bahawa tiga Adun Umno akan menyertai PKR dalam masa terdekat.

Zulkifli berkata ketiga-tiga Adun tersebut tidak berpuas hati dengan layanan Zambry kerana lebih mengutamakan bekas Adun PKR.

Katanya nama tiga Adun Umno itu akan diumum pucuk pimpinan tertinggi parti tidak lama lagi.

Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri turut menyangkal dakwaan pembangkang bahawa rakyat Perak tidak berpuas hati dengan pentadbiran Barisan Nasional (BN) di negeri itu kerana polisi yang tidak stabil.

"Ini bukan strategi baru pada ketika BN dan rakyat di Perak berada dalam keadaan tenteram dan kerajaan yang diterajui oleh BN bekerja seperti biasa," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan