Perwakilan Tegur Ulama PAS

Diterbitkan: Sabtu, 12 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MACHANG: Ulama PAS turut menjadi bahan kritikan pada Muktamar PAS ke-56 kali ini.

Seorang perwakilan pada muktamar Dewan Ulama yang berlangsung di Markaz Dewan Ulama di Macang semalam misalnya, menyalahkan ulama kerana kurang berperanan sehingga timbul gejala tidak sihat dalam parti.

Mohd Fauzi Yusof, wakil Pulau Pinang mendakwa kini wujud perbuatan "cah keting" dalam parti yang antara lain kerana kurangnya peranan Dewan Ulama dalam menekankan soal latihan dan kesedaran di kalangan ahli.

"Saya mendesak supaya Dewan Ulama memainkan peranan serius dalam soal tarbiyah bukan sahaja di kalangan anggota parti tetapi di kalangan anggota Dewan Ulama sendiri kerana dikhuatiri wujud gejala tidak sihat seperti cah keting," katanya.

Seorang lagi perwakilan turut mempersoalkan ulama seperti tidak dihargai, apabila wakil Dewan Ulama tidak dinobatkan sebagai penerima anugerah.

Menurut perwakilan itu, keadaan ini agak mengecewakan kerana sayap lain seperti Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda diberi anugerah malam tadi. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan