Kerajaan Longgar Syarat Lesen Runcit Barangan Kawalan

Diterbitkan: Sabtu, 12 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan tetap meneruskan pelaksanaan lesen runcit bagi barangan kawalan berkuatkuasa 1 Julai ini dengan melonggarkan syarat pelaksanaan lesen barangan itu, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata, menerusi langkah itu semua peniaga tidak perlu lagi merekodkan semua transaksi penjualan seperti sebelum ini, bagaimanapun, urusan pembelian daripada pemborong perlu dilakukan sebaik memiliki lesen berkenaan.

"Tiada niat untuk menyusahkan atau membebankan mana-mana pihak, sebab kita telah menghapuskan kerenah birokrasi termasuk memansuhkan syarat penyediaan rekod pembelian dan penjualan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen dan ekspo jualan langsung anjuran kementerian di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, KPDNKK mempertimbangkan segala permintaan dan rungutan beberapa pihak bagi memudahkan kerajaan memantau barangan kawalan selain mengawal ketirisan ke atas barangan seperti gula, tepung gandum dan minyak masak.

"Bagi memudahkan para peniaga mendapat lesen, kaunter pendaftaran dibuka pada Sabtu dan Ahad. Pegawai kita juga telah turun padang di seluruh negara bertemu peruncit untuk mengedarkan borang permohonan serta memberi kelulusan segera," katanya.

Setakat ini, KPDNKK mengeluarkan kira-kira 10,000 Lesen Runcit Barang Kawalan 2010 kepada peruncit di seluruh negara dengan empat negeri iaitu Selangor, Perak, Sarawak dan Pahang mencatatkan permohonan lesen tertinggi.

Ismail Sabri meminta Persekutuan Peniaga Barang Runcit Malaysia yang merancang mengadakan boikot terhadap penjualan tiga bahan keperluan itu pada Selasa depan agar tidak bertindak demikian bagi kebaikan semua pihak.

Sementara itu, kementerian sedang mengenal pasti syarikat jualan langsung yang berpotensi memajukan industri itu diketengahkan ke peringkat antarabangsa melalui seminar dan pameran antarabangsa.

"Kementerian mensasarkan nilai jualan tahunan terkumpul syarikat jualan langsung bagi tahun ini sebanyak RM5.5 bilion dan meningkat ke RM7.6 bilion pada 2012," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan