Istana Johor Sahkan Penarikan Balik Darjah Kebesaran Chua Jui Meng & Sharifah Mazlina

Diterbitkan: Sabtu, 12 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Setiausaha Jumaah Majlis DiRaja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli menunjukkan Fasal 12 undang-undang dan peraturan bagi Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia ketika mengumumkan penarikan balik dan dibatalkan Pangkat Pertama Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Dato Sri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J) dan Pangkat kedua Dato' Paduka Mahkota Johor (D.P.M.J) serta gelaran
Setiausaha Jumaah Majlis DiRaja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli menunjukkan Fasal 12 undang-undang dan peraturan bagi Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia ketika mengumumkan penarikan balik dan dibatalkan Pangkat Pertama Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Dato Sri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J) dan Pangkat kedua Dato' Paduka Mahkota Johor (D.P.M.J) serta gelaran "Dato" dan "Datin Paduka" ke atas Chua Jui Meng, Sahrifah Mazlina Syed Abdul Kadir, Kommander Shaftdean Lufty Rusland dan Hassan Yunos berkuatkuasa 4 Jun 2010 lepas pada sidang media di Istana Besar Johor di sini semalam. -Foto BERNAMA.

JOHOR BAHARU: Jumaah Majlis Diraja Johor mengesahkan penarikan balik dua darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk terhadap anggota Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Chua Jui Meng tetapi menafikan ia berpunca daripada tekanan politik.

Setiausahanya Datuk Abdul Rahim Ramli berkata kuasa Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail untuk menganugerahkan atau menarik balik darjah kebesaran adalah "melampaui politik."

"Tidak wujud keadaan yang dikatakan sebagai tekanan politik untuk menganugerahkan atau menarik balik darjah kebesaran itu.

Sultan Johor tidak mempunyai kaitan dengan politik. Ahli politik tidak mempunyai hak dalam perkara ini," kata beliau pada sidang media di Istana Besar, semalam.

Sultan Johor katanya, berkuasa penuh terhadap perkara itu di bawah Fasal 12 Undang-undang dan Peraturan bagi Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia dan Fasal 7(f) Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895.

Ditanya mengenai sebab disebalik langkah penarikan balik darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada Chua itu, Abdul Rahim berkata, Sultan Johor tidak perlu memberikan sebab kerana itu adalah kuasa baginda.

"Baginda tidak perlu memberikan sebab kerana ia adalah kuasa Raja," katanya dan menambah Chua dianugerah Datuk Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) dan Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ) oleh Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar, kedua-dua darjah kebesaran itu membawa gelaran Datuk.

Abdul Rahim berkata tiga pertimbangan utama diberikan dalam penganugerahan darjah kebesaran iaitu kesetiaan, kerajinan dan perkhidmatan terpuji.

Katanya beliau telah memaklumkan tentang langkah penarikan balik darjah kebesaran itu kepada Chua menerusi satu surat bertarikh 4 Jun dan disusuli panggilan telefon pada 8 Jun dan semalam.

Katanya, surat itu telah dihantar ke kediaman Chua di Damansara, Kuala Lumpur

Chua, bekas Menteri Kesihatan dan bekas Naib Presiden MCA, sebelum ini berkata beliau belum menerima sebarang surat rasmi dari Istana Johor tentang langkah penarikan balik darjah kebesaran itu.

Chua turut berkata, beliau akan hanya memulangkan darjah kebesaran itu jika menerima surat rasmi.

Menurut Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor itu, panggilan telefonnya kepada Chua itu boleh dianggap sebagai satu pemberitahuan rasmi tentang langkah penarikan balik darjah kebesaran Sultan Johor itu.

"Chua dikhendaki memulangkan kembali darjah kebesaran Sultan Johor itu secepat mungkin," katanya.

Abdul Rahim turut berkata, sejak penganugerahan darjah kebesaran Sultan Johor itu bermula pada 1886 sehingga kini hanya 712 individu telah menerimanya dan ketika ini hanya 120 penerima yang masih hidup.

Sementara itu di dalam satu kenyataan, Abdul Rahim berkata tiga lain yang turut ditarik darjah kebesaran bersama-sama Chua ialah Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, Komander Shaftdean Lufty Rusland dan Hassan Yunos. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan