Calon Bukan Islam: PAS Sedia Bersaing Dengan Sekutu Pakatan Rakyat

Diterbitkan: Sabtu, 12 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: PAS tetap perlu berhadapan dengan saingan sekutunya dalam Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP apabila mengambil keputusan untuk meletakkan calon bukan Islam pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun Ahli Jawatankusa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, persaingan merupakan lumrah dalam politik namun yakin ia akan berlaku dalam keadaan yang sihat.

"Perebutan dalam politik adalah perkata biasa tetapi keputusan untuk membenarkan bukan Islam untuk bertanding pada pilihan raya amat baik kerana ia akan memudahkan tugas berdakwah dan mendekatkan mereka dengan Islam," katanya ketika ditemui selepas Muktamar Tahunan PAS Ke-56 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang membenarkan bukan Islam untuk mewakili parti tersebut pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Selain itu Nik Abduh yang juga anak kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz berkata, langkah membenarkan orang bukan Islam bertanding atas logo PAS adalah bertepatan.

"Ia juga bertepatan dengan ajaran Islam supaya adil kepada semua pihak, secara tidak langsung kita memberikan peluang kepada bukan Islam untuk sama-sama berjuang dengan PAS," katanya.

Ditanya sama ada keputusan berkenaan akan menimbulkan perasaan iri hati di kalangan pemimpin lama parti itu sekiranya tidak dipilih sebagai calon, beliau berkata: "Saya percaya tidak akan ada yang iri hati kerana kawasan yang akan calon bukan Islam akan diletakkan di kawasan bukan Islam dan ia tidak melibatkan kawasan-kawasan tradisi."

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan