10,000 Lagi Guru J-Qaf Akan Ditambah

Diterbitkan: Sabtu, 12 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kementerian Pelajaran merancang untuk menambah 10,000 lagi guru bagi program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (J-Qaf) dalam usaha memperkasakan program itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, penambahan itu amat penting bagi menampung kekurangan guru J-Qaf di seluruh negara, yang kini hanya seramai 14,000 orang.

Katanya, pengambilan tenaga guru J-Qaf juga akan dipermudahkan dari semasa ke semasa tetapi syarat kelayakan mungkin akan diperketat dengan calon lepasan Sijil Menengah Agama (SMA) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diberi pertimbangan untuk mengikuti pengajian dalam program pendidikan agama di institut pendidikan guru.

"Pada masa sama, kami juga sedang mempertimbangkan beberapa perkara dan melihat kesesuaian masa sebelum membolehkan jawatan guru-guru agama dan J-Qaf diselaraskan mengikut standard terkini," katanya katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Guru-guru Agama Negeri Kedah, di sini hari ini.

Katanya, perkara itu penting bagi membolehkan program J-Qaf melahirkan lebih ramai pelajar aliran agama yang berkualiti dan berdaya saing selaras dengan pelan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) yang memberi penekanan kepada transformasi ke arah kecemerlangan.

Sementara itu, Jamil Khir berkata, Kerajaan Pusat turut merancang untuk memberikan peruntukan tambahan khas kepada semua sekolah bantuan modal bagi pemantapan pelaksanaan program J-Qaf dan pembiayaan pembayaran utiliti.

Beliau berkata, gerak kerja untuk memperkukuhkan semua sekolah agama dan sekolah kebangsaan agama di bawah peruntukan Kerajaan Pusat sedang giat dijalankan dan ini termasuk usaha penambahan guru-guru agama berkualiti dan memberikan peruntukan menaik taraf sekolah bantuan modal.

"Dalam pada itu, kami juga sedang merencana perancangan memperkasakan bidang-bidang lain dalam konteks keagamaan seperti menaik taraf surau dan masjid untuk dijadikan institusi pengajian Islam utama selain kegunaan ibadah semata-mata," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan