Umno Johor Bukan Dalang Penarikan Darjah Kebesaran Chua Jui Meng – Samsol

Diterbitkan: Jumaat, 11 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Umno Johor bukan dalang disebalik penarikan balik darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Sultan Johor kepada bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng.

Menurut Ketua Penerangan Umno Negeri, Datuk Samsol Bahari Jamali keputusan untuk menarik balik gelaran ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ yang diberikan kepada Jui Meng adalah hak prerogatif Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

“Keputusan istana Johor tidak ada kaitan dengan parti politik. Tuduhan sedemikian tidak berasas sama sekali, Umno Johor tidak campur tangan dalam urusan yang melibatkan istana,” katanya ketika diminta mengulas berhubung dakwaan Jui Meng yang menuduh Umno Johor bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

Samsol mengingatkan Jui Meng agar tidak mempolitikkan isu pelucutan darjah kebesaran itu lebih-lebih lagi beliau merupakan anak jati Johor.

“Saya menggesa beliau untuk menerima dengan terbuka serta mematuhi arahan yang dikeluarkan istana Johor tersebut.

“Rakyat Johor telah banyak meyumbang kepada kejayaan Jui Meng sebagai ahli politik dan pemimpin negara. Oleh itu adalah tidak wajar beliau mempolitikkan isu ini,” katanya.

Jelasnya, Sultan Johor mempunyai hak untuk mengurniakan darjah kebesaran dan baginda juga mempunyai kuasa untuk menarik semula gelaran tersebut.

Semalam, Jui Meng dilaporkan berkata beliau telah diarahkan memulangkan semula dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran "Datuk" dan "Datuk Seri".

Dua darjah kebesaran yang ditarik balik itu ialah "Dato' Paduka Mahkota Johor" dan "Dato' Seri Mahkota Johor".

Bekas Menteri Kesihatan itu mendakwa beliau telah dihubungi Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli dua kali untuk memaklumkan mengenai keputusan penarikan semula darjah kebesarannya oleh Sultan Johor.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa seorang Datuk dari Johor merupakan 'orang' disebalik penarikan balik darjah kebesaran yang dianugerahkan kepadanya.

Jui Meng dianugerahkan gelaran Datuk Seri ketika beliau menjadi Menteri Kesihatan pada tahun 2003. Sementara gelaran Datuk diterimanya ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Bakri pada 1996.

Bekas Naib Presiden MCA ini telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi MCA bahagian Bakri tahun lalu dan menyertai PKR pada Julai tahun yang sama.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan