Saya Tetap Ingin ke Gaza - Syed Muhammad

Diterbitkan: Jumaat, 11 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Salah seorang sukarelawan Malaysia yang terselamat ketika kapal Mavi Marmara yang menuju Gaza diserang komando Israel, masih mengharap beliau dapat menjejak kaki ke bumi Gaza setelah percubaan pertama kali pada 31 Mei lalu itu gagal dilakukannya.

"Saya menunggu untuk ke sana lagi. Saya dapat tahu akan ada rombongan lebih besar membawa aktivis dan bantuan kemanusiaan akan ke Gaza tidak lama lagi yang diatur kerajaan Turki. Insya-Allah, saya akan ikut serta," kata Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hassan kepada Bernama.

Beliau yang merupakan anggota badan bukan kerajaan pro-Palestin, Haluan Malaysia berada di sini untuk berkongsi pengalaman tentang kejadian ngeri tersebut.

Beliau adalah antara anggota 12 sukarelawan Malaysia yang berada di atas kapal milik Turki berkenaan yang diserang dan kemudian ditawan dan ditahan di penjara Israel sebelum dibebaskan dengan pertolongan negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

"Tidak dapat saya bayangkan bagaimana rakyat Palestin mampu bertahan dengan semua itu (kekejaman Israel)," katanya.

Mengenai pengalamannya itu, Dr Syed Muhammad Haleem berkata sebaik sahaja beliau selesai sembahyang Subuh, beliau dimaklumkan tentang serangan tentera Israel dan terdapat sukarelawan yang ditembak dengan peluru hidup.

"Kami tidak menyangka akan diserang begitu sekali tanpa sebarang amaran terlebih dahulu, tambahan pula kami masih berada di perairan antarabangsa.

"Saya bersama kira-kira 12 doktor perubatan yang ada terpaksa merawat para sukarelwan yang cedera dengan peralatan perubatan yang terhad," katanya.

Menceritakan kisahnya merawat dua tentera Israel yang cedera, yang mungkin terkena tembakan sesama sendiri dalam serangan itu, beliau berkata beliau tidak menyedari mereka tentera rejim.

"Dalam kesibukan merawat pesakit yang semakin bertambah, saya tidak sedar perkara itu, sehinggalah dimaklumkan seseorang.

Bagaimanapun sebagai seorang doktor, saya bertanggungjawab merawat pesakit tidak kira siapa mereka.

"Saya tidak tahu nasib mereka selepas itu kerana ketika kedua-dua komando itu yang sudah dirawat diletakkan di tepi dek kapal, mereka terjun ke laut," katanya.

Sembilan sukarelawan yang menyertai misi talian hayat antarabangsa di atas Mavi Marmara terbunuh sementara hampir 100 yang lain cedera. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan