Peningkatan Perokok Remaja Perempuan Membimbangkan - Rosnah

Diterbitkan: Jumaat, 11 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peratusan perokok remaja perempuan yang kini melebihi perokok remaja lelaki adalah sangat membimbangkan, lebih-lebih lagi ada remaja perempuan yang mula merokok sebelum umur 10 tahun, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau memetik kajian Tinjauan Morbiditi dan Mortaliti Kebangsaan pada tahun 2003 yang mendapati peratusan remaja perempuan merokok adalah sekali ganda iaitu 28.8 peratus berbanding lelaki sebanyak 14.1 peratus.

"Trend ini adalah sangat membimbangkan kerana ia menunjukkan peningkatan yang serius perokok wanita, dari peringkat umur yang masih muda lagi.

"Diramalkan jika corak ini dibiarkan berterusan, penggunaan tembakau sepanjang hayat akan mengakibatkan kematian total 250 juta remaja (seluruh dunia)," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010 peringkat Institut Perubatan Respiratori di sini hari ini.

Rosnah berkata tabiat merokok di kalangan remaja perempuan antara lain disebabkan pengaruh iklan yang menjanjikan kecantikan fizikal dan penyelesaian kepada cara menguruskan badan.

"Merokok tidak menjanjikan kecantikan fizikal atau kecanggihan. Yang ada hanyalah keburukan dan bahaya kepada kesihatan," katanya.

Beliau berkata, merokok juga menambahkan risiko keguguran dan juga kelahiran bayi pramatang.

Sehubungan itu, beliau berharap agar ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan badan bukan kerajaan (NGO) bergabung tenaga menganjurkan kempen kesedaran dan pendidikan mengenai bahaya merokok.

Untuk mengatasi merokok di kalangan remaja, beliau berkata, perhatian yang diberikan ibu bapa sahaja tidak akan mencukupi kerana lebih banyak masa remaja dihabiskan di tempat-tempat lain iaitu di sekolah dan bersama kawan-kawan.

Rosnah berkata, langkah menghukum remaja yang merokok adalah kurang efektif dan hanya akan membuat mereka memberontak sebaliknya langkah penyelesaian yang terbaik adalah untuk mendidik dan menasihati mereka.

"Tiada kebaikan menggantung persekolahan pelajar yang merokok ataupun menghukum mereka, langkah untuk menangani masalah ini perlulah berpanjangan dengan penyediaan bahan pendidikan dan iklan-iklan khusus," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan