Pelancong Asing boleh Bawa Pembantu Rumah Dengan Pas Khas

Diterbitkan: Jumaat, 11 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelancong asing dibenarkan untuk membawa bersama pembantu rumah mereka ketika berkunjung ke negara ini dengan menggunakan pas khas, berkuat kuasa serta merta, kata Jabatan Imigresen hari ini.

Pas khas itu disediakan secara percuma di kaunter Jabatan Imigresen di semua pintu masuk negara, kata Pegawai Perhubungan Awam jabatan itu, Abdul Haider Mohd Shukor.

Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata pas khas itu bertujuan memudahkan pelancong asing yang sebelum ini terpaksa memohon visa untuk pembantu rumah mereka ketika melancong ke negara ini.

Katanya kemudahan pas khas itu dijangka mampu memberi impak positif kepada industri pelancongan negara terutamanya dalam menarik golongan pelancong mewah dan elit.

Beliau berkata antara syarat permohonan pas khas ialah majikan perlu menjadi penganjur kepada pembantu rumah berkenaan dan pembantu rumah tersebut perlu memasuki negara ini bersama majikan pada masa, tarikh atau hari yang sama dengan mereka, bukan pada hari berbeza.

Abdul Haider semua majikan atau pelancong asing yang membawa pembantu rumah perlu bertanggungjawab terhadap pembantu rumah mereka dan tidak menyalahgunakan kemudahan ini.

Selain itu, katanya tempoh pas khas pembantu rumah akan diselaraskan dengan tempoh Pas Lawatan Sosial (PLS) majikan.

Dalam perlembangan lain, beliau berkata kerajaan akan membenarkan semula pemberian kemudahan Transit Tanpa Visa kepada pelancong asing dari Sri Lanka, Pakistan, India dan Bangladesh yang transit di negara ini sahaja berkuat kuasa 1 Julai ini.

Abdul Haidar berkata langkah ini diperkenalkan sebagai usaha menarik lebih ramai pelancong dari keempat-empat negara itu yang disasarkan seramai 650,000 orang tahun ini.

Kataya berdasarkan maklumat Kementerian Pelancongan adalah dijangka antara 8,000 hingga 10,000 rakyat negara berkenaan transit di Malaysia tahun ini. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan