Hadi Ingatkan Pemimpin PAS Waspada Maklumat Daripada Blog

Diterbitkan: Jumaat, 11 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Pemimpin PAS diingatkan supaya berwaspada dengan penyebaran maklumat melalui blog sehingga boleh menyebabkan mereka terpesong daripada landasan perjuangan parti.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemimpin dan ahli parti itu perlu bijak menilai dan memilih maklumat yang diperolehi melalui laman blog yang sesetengah daripadanya cuba merosakkan parti itu.

"Dalam menghadapi cabaran langit terbuka dengan teknologi maklumat yang sangat pesat bertaburan menyebarkan apa sahaja, jangan sekali-kali kita terpedaya dan hanyut bersama luncai di luar parti kita yang berkeliaran dengan labu-labunya.

"Ahli PAS hendaklah berwaspada dengan penyebaran maklumat melalui blog yang berkeliaran tanpa sempadan, supaya berhati-hati kerana kita berada di zaman yang penuh kefasikan ini... selidiklah dahulu maklumat yang disampaikan," katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-56 di Pusat Tarbiah Islamiyah Kelantan (PUTIK) di sini hari ini.

Bagaimanapun Abdul Hadi berkata, beliau bersyukur walaupun PAS sentisa menghadapi banyak tomahan daripada pelbagai pihak termasuk di kalangan penulis blog, namun ahli dan pemimpin parti itu tidak mudah terpengaruh malah tetap setia dengan parti.

"Alhamdulillah, walaupun kita berhadapan dengan cabaran sebegini, tidak ada seorang pun di kalangan kita yang terkeluar daripada bahtera perjuangan mengikut telatah luncai-luncai itu, walau pun menghadapi ribut dan gelombang yang datang dari segenap penjuru," katanya.

Dalam pada itu Abdul Hadi turut menasihatkan agar pimpinan PAS Pusat supaya terus melaksanakan tugas yang diamanahkan secara beterusan dan bukannya bermusim.

"Pimpinan pusat yang saudara dan saudari pilih dalam muktamar yang lalu dan segala Lajnah yang ada di dalamnya adalah pemimpin yang merancang, mentadbir, mengatur strategi dan menggerakkan parti, sama ada dalam menghadapi pilihanraya di semua peringkat, dan menangani setiap isu dan halangan yang berlaku sepanjang masa, seterusnya aktif beramal di lapangan masing-masing.

"Mereka ini adalah pimpinan yang wajib menjalankan tugasnya sepanjang masa, bukannya bermusim, wajib diberi ketaatan kepada keputusan dan arahan yang tidak bercangah dengan hukum Islam yang tertinggi sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti," katanya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan