SPRM Masih Siasat PKFZ

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih meneruskan siasatan menyeluruh berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Menurut Bahagian Komunikasi Korporat Ibu Pejabat SPRM hari ini, kajian bagi mengenalpasti kelemahan sistem yang membolehkan berlakunya penyelewengan juga sedang dijalankan.

"Siasatan menyeluruh ke atas kes PKFZ tetap diteruskan oleh SPRM. Selain itu, SPRM juga sedang menjalankan kajian bagi mengenalpasti kelemahan dalam sistem dan prosedur yang menyebabkan berlakunya penyelewengan itu," kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu turut mengingatkan semua pihak agar tidak mengeluarkan kenyataan atau spekulasi berhubung kes itu yang boleh menjejaskan siasatan yang sedang berjalan.

Sementara itu, dalam kes berasingan, SPRM Perak menahan seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan isterinya kerana mengutip wang sogokan daripada pendatang tanpa izin pada setiap bulan di Teluk Intan.

Lelaki berusia 58 tahun itu ditahan pada 8 Jun pada pukul 12.45 malam setelah SPRM mendapat aduan daripada seorang pendatang tanpa izin bahawa suspek meminta wang sogokan sebagai balasan pendatang asing itu tidak dikenakan tindakan.

"Anggota Rela itu mengutip wang sogokan RM30 seorang daripada setiap pendatang tanpa izin yang tidak mempunyai permit kerja dan dokumen perjalanan yang sah.

"Suspek dikatakan menelefon pendatang asing itu pada setiap bulan sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan ke atas mereka sekiranya ada operasi yang dijalankan oleh pihak penguasa tempatan," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, anggota Rela terbabit memperoleh RM180 setiap bulan dari enam orang pendatang asing tanpa izin.

Isteri anggota Rela itu pula ditahan semalam kira-kira pukul 3.25 pagi setelah siasatan awal mendapati isterinya turut bersubahat dengan menerima kutipan wang itu bagi pihak suaminya.

Kedua-dua mereka kini direman selama tiga hari bermula semalam mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, kata kenyataan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan