RMK10 - Sosial

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program-program jaringan keselamatan sosial akan diperkukuh bagi menangani masalah semasa yang memberi kesan kepada taraf hidup buat kumpulan yang kurang mendapat manfaat daripada pembangunan sosioekonomi, dengan tumpuan diberikan kepada usaha memastikan kumpulan sasar ini mempunyai tempat tinggal yang sesuai, mendapat akses kepada penjagaan kesihatan dan mampu membiayai kos keperluan perkhidmatan asas.

Menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10), bagi kawasan luar bandar bantuan akan terus diberikan untuk membina dan menaik taraf rumah, terutama bagi kalangan isi rumah yang mempunyai anggota keluarga yang ramai, warga emas, ibu tunggal dan individu yang memiliki keperluan khusus.

Bagi kawasan bandar dan pinggir bandar, program perumahan mampu milik dan kluster serta penyediaan rumah kos rendah akan diperluas.

Unit-unit perumahan awam ini akan ditawar kepada individu dan keluarga yang layak dengan tujuan menggalakkan lebih banyak pemilikan rumah oleh isi rumah 40 peratus terendah dalam negara.

Menurutnya dalam tempoh rancangan, subsidi akan distruktur semula manakala pendekatan lebih khusus kepada kumpulan sasar akan dilaksanakan bagi menyediakan bantuan pendapatan kepada mereka yang layak, juga dari kalangan isi rumah 40 peratus terendah.

Pengkalan data pusat, iaitu eKasih akan digunakan bagi mengenal pasti dan menyelaras program penyampaian bantuan pendapatan kepada kumpulan yang memerlukan seperti warga emas, Orang Kelainan Upaya serta ibu tunggal, dan data pusat ini akan membolehkan pemantauan dan penilaian keberkesanan program dibuat secara berterusan di samping pengauditan dibuat ke atas penerima faedah program.

Pengkalan data ini akan diperkukuh untuk meningkatkan maklumat secara lebih komprehensif mengenai kumpulan sasar bagi mengelak pertindihan serta memastikan liputan kumpulan sasar yang lebih baik.

Maklumat menerusi eKasih akan disediakan buat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar, badan-badan kebajikan dan syarikat-syarikat besar bagi memastikan pengagihan bantuan program yang lebih baik, di samping menggalakkan lebih banyak pihak terlibat dalam tanggungjawab sosial korporat.

Syarikat berkaitan kerajaan seperti Petronas, Sime Darby dam UEM akan digalak untuk terlibat dengan memasukkan program-program sokongan ini sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat yang disasar kepada individu yang paling memerlukan bantuan.

Petronas memberi komitmen dengan menyediakan RM100 juta dalam bentuk bantuan keperluan makanan bagi mengurangkan beban isi rumah yang dikenal pasti, yang akan dilaksanakan dengan penggunaan MyKad sebagai instrumen perolehan di semua kedai mesra Petronas.

Pelbagai pendekatan diambil bagi memastikan isi rumah 40 peratus terendah di bandar dan pinggir bandar mendapat akses yang lebih baik kepada kemudahan penjagaan kesihatan.

Hari klinik khas bagi penyakit kronik akan ditetapkan bagi membolehkan para pesakit yang mengidap pelbagai penyakit, menerima khidmat nasihat kesihatan dalam sekali lawatan berbanding beberapa kali lawatan seperti amalan sebelum ini.

Klinik bergerak, termasuk perkhidmatan doktor udara akan diperluas kepada kumpulan yang mempunyai akses yang rendah kepada perkhidmatan kesihatan seperti masyarakat Orang Asli dan etnik minoriti di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan