RMK10 - Perkhidmatan Pendidikan

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan mensasar untuk meningkatkan sumbangan pendidikan swasta sehingga sekali ganda, dari RM7 bilion pada 2008 kepada RM14 bilion pada 2015 dengan menarik 150,000 penuntut tempatan dan antarabangsa melanjutkan pelajaran di negara ini.

Menurut laporan Rancangan Malaysian Ke-10 (RMK10) bahagian pasaran global bagi Malaysia kini adalah kira-kira dua hingga tiga peratus daripada jumlah pelajar antarabangsa.

"Didorong oleh peningkatan permintaan bagi tempat pengajian di institut pengajian tinggi daripada pelajar tempatan dan antarabangsa, keluaran kasar pendidikan swasta meningkat sebanyak 44 peratus kepada RM7 bilion pada 2008," kata laporan itu.

Kawal selia yang terbuka dan persekitaran inovatif telah menyokong perkhidmatan pendidikan swasta di Malaysia diiktiraf dengan meluas di rantau ini.

Bagaimanapun, beberapa cabaran perlu ditangani untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.

Antara cabaran utama ialah risiko 'crowding out' institusi swasta berpunca daripada pengembangan institusi awam, pembiayaan kerajaan yang tidak mampan disebabkan pembiayaan berasaskan permintaan swasta yang rendah dan peningaktan persaingan daripada pasaran serantau.

Bagi mencapai sasaran pertumbuhan dan meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama pendidikan, beberapa inisiatif akan dilaksana di semua peringkat pendidikan dengan fokus khusus terhadap pendidikan tertiari seperti berikut;

* Meningkatkan pembiayaan berasaskan permintaan dan menyediakan peruntukan tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melalui 'off-take' di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

* Mewujudkan tempat untuk IPTS dalam IPTA dengan memperluaskan kapasiti melalui subsidiari swasta.

* Menjelang 2015, 50 peratus daripada dana awam untuk pendidikan tinggi akan disalur melalui pembiayaan berasaskan permintaan dan 25 peratus daripada semua tempat di IPTA akan menjadi 'private fee-paying'.

* Memperbaiki kualiti IPTS melalui pembiayaan berasaskan prestasi dengan memperluas Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Setara) bagi meliputi universiti dan kolej universiti swasta dan di peringkat fakulti.

* Memperluas skala anggut bagi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk mempromosi perkongsian kos berasaskan ujian min pendapatan ibu bapa.

* Memperkenal sistem pendaftaran pusat secara berfasa untuk semua pelajar termasuk pelajar antarabangsa dengan rangka kerja pengumpulan kredit yang fleksibel untuk semua kursus.

* Menyediakan eko-sistem pendidikan yang kondusif untuk menarik pelajar dan fakulti terulung dunia dalam bidang bitara bagi menubuhkan cawangan di Malaysia.

* Mempergiat promosi dan usaha pemasaran di pasaran berpotensi tinggi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan