RMK10 - Pengangkutan

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM2.8 bilion diperuntukkan untuk membangunkan sistem pengangkutan awam di bandar bagi tempoh dua tahun pertama dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).

Menurut laporan Rancangan lima tahun itu, peruntukan itu disediakan bagi menyiapkan inisiatif ke arah meningkatkan taraf pengangkutan awam bandar yang merupakan bidang keutamaan negara di bawah Program Transformasi Kerajaan (PTK).

Laporan itu yang dibentang di Parlimen hari ini menyebut, usaha bagi meningkatkan keupayaan pengangkutan awam akan dilaksana meliputi kawasan bandar besar seperti Greater KL dan bandar bersaiz sederhana di seluruh negara.

"Di Greater KL, inisiatif utama untuk meningkatkan keupayaan Transit Aliran Ringan (LRT) adalah dengan menyambung laluan sepanjang 34km kepada laluan sedia ada," kata EPU dalam laporan RMK-10 (2011-2015) hari ini.

Menurut laporan itu, pembelian 35 set tren empat gerabak baru akan meningkatkan keupayaan LRT Laluan Kelana Jaya daripada anggaran 24,000 kepada 98,000 penumpang setiap jam dan mengurangkan masa menunggu daripada 3.3 minit kepada dua minit pada waktu puncak.

Selain itu, sistem pengangkutan KTM Komuter juga akan dipertingkat melalui pembelian 38 set Unit Tren Elektrik Pelbagai Guna (EMU) enam gerabak yang akan diterima pada tahun 2012.

Sementara itu, dalam usaha meningkatkan keupayaan pengangkutan awam, sistem Bas Rapid Transit (BRT) sepanjang 49km meliputi tiga koridor utama di Kuala Lumpur juga akan dilaksanakan.

"Usaha akan ditumpu ke arah meningkatkan peratusan perjalanan sehala yang hanya mengambil masa satu jam dengan kurang daripada empat pertukaran.

Dalam tempoh Rancangan, kesalinghubungan antara pelbagai mod pengangkutan awam akan dipertingkat melalui pembinaan hab pertukaran pelbagai mod bagi perkhidmatan dalam bandar, dari kawasan bandar ke pinggir bandar serta perjalanan antara bandar.

Di Greater KL langkah ini akan bermula dengan kerja menaik taraf 14 Hentian Akhir Bandar dalam pusat bandar dan dua terminal pengangkutan antara bandar bagi melancarkan pergerakan perkhidmatan bas dari bandar satelit di sekitar pusat Kuala Lumpur.

Di samping itu, Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) Bandar Tasik Selatan akan siap tahun ini manakala pembinaan ITT Gombak akan dimulakan dalam tempoh Rancangan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan