RMK10 - Pembelajaran

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pendidikan yang berkualiti dan mampu dibayar telah meningkatkan kadar kemasukan dan penyertaan di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah.

Pencapaian Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada 2005 menunjukkan pada peringkat prasekolah, kadar penyertaan bagi kanak-kanak berumur empat hingga lima tahun meningkat daripada 63 peratus pada 2005 kepada 67.6 peratus pada 2009.

Manakala bilangan sekolah rendah meningkat daripada 7,601 pada 2005 kepada 7,664 pada 2009 dan bilangan sekolah menengah meningkat daripada 2,028 kepada 2,219.

Pencapaian itu terkandung dalam laporan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Laporan itu berkata, langkah juga diambil bagi meningkatkan kualiti guru dengan peratusan guru berijazah di sekolah rendah meningkat daripada enam peratus pada 2005 kepada 28 peratus pada 2009.

Manakala peratusan guru berijazah di sekolah menengah meningkat daripada 82 peratus kepada 89 peratus.

Kemasukan dalam pengajian tinggi juga meningkat daripada 649,000 pada 2005 kepada 949,000 pada 2009 yang menyaksikan kadar penyertaan dalam kumpulan umur 17-23 tahun meningkat daripada 27 peratus pada 2005 kepada 31.4 peratus pada 2009.

Laporan itu berkata, pengambilan dalam institusi latihan teknikal dan vokasional awam meningkat sebanyak 1.5 peratus setahun.

Pengambilan pelatih meningkat kepada 88,050 orang berikutan pembinaan 10 institusi latihan kemahiran dan naik taraf 16 lagi institusi sedia ada, kata laporan itu.

Pengambilan di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi tahap empat atau diploma dalam pusat latihan lanjutan awam meningkat daripada 7,110 pada 2005 kepada 29,840 pada 2009 yang menggambarkan tumpuan ke arah meningkatkan kemahiran bagi memenuhi kehendak industri.

Menurut laporan itu, di bawah dua pakej rangsangan ekonomi, seramai 76,940 graduan menganggur, lepasan sekolah dan pekerja yang diberhentikan telah diberi latihan.

Program pembelajaran sepanjang hayat telah dipertingkat melalui perluasan pembelajaran jarak jauh, e-pembelajaran, latihan semula dan peningkatan kemahiran yang ditawarkan oleh pelbagai institusi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan