RMK10 - Pelancongan

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia berhasrat memperbaiki kedudukannya supaya menjadi antara 10 negara teratas daripada segi pendapatan melalui sektor pelancongan pada 2015, kata laporan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Laporan itu, yang dibentangkan di Parlimen hari ini, menyatakan bahawa Malaysia juga meletakkan sasaran untuk meningkatkan sumbangan sektor itu sebanyak 2.1 kali lebih tinggi daripada sebelum ini dan meraih pendapatan berjumlah RM115 bilion serta menyediakan dua juta peluang pekerjaan dalam industri pelancongan pada 2015.

Kata laporan itu, Malaysia menduduki tangga ke-16 daripada segi jumlah kedatangan pelancong global dan menguasai lebih kurang dua peratus daripada keseluruhan pasaran global pada 2008.

Bagi tempoh 2006 hingga 2009, pendapatan melalui industri pelancongan negara ini meningkat 67.1 peratus kepada RM53.4 bilion, manakala ketibaan pelancong pula bertambah sebanyak 43.6 peratus kepada 23.6 juta.

Laporan itu menyebut bahawa bagi mencapai sasarannya pada 2015, Malaysia akan memberi fokus terhadap usaha menarik lebih ramai pelancong berbelanja tinggi dan memperluas pasaran ke negara yang mempunyai pertumbuhan tinggi, khususnya Rusia, India, China dan Timur Tengah, di samping meningkatkan jumlah ketibaan pelancong.

Malaysia juga akan membuat penambahbaikan terhadap produk pelancongan dengan mewujudkan kluster pelancongan berfokus yang akan memanfaatkan produk pelancongan sedia ada dan produk pelancongan ikonik baru seperti Langkawi (Geopark dan Taman Laut Pulau Payar), Pulau Pinang (George Town - Tapak Warisan Dunia Unesco) dan Sabah (Sipadan dan Taman Kinabalu - Tapak Warisan Dunia Unesco), kata laporan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan