RMK10 - NKEA

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia akan memberi tumpuan terhadap usaha pertumbuhan dalam Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) yang merangkumi 11 sektor dan satu kawasan geografi.

Dalam Laporan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), Unit Perancang Ekonomi (EPU) berkata NKEA ini dipilih berdasarkan sumbangannya untuk mencapai pendapatan tinggi, kemampanan dan keterangkuman.

Bagi lima tahun akan datang, sektor-sektor ini meliputi industri minyak dan gas, minyak sawit dan produk berkaitan, perkhidmatan kewangan, pemborongan dan peruncitan, pelancongan, teknologi maklumat dan komunikasi, pendidikan, elektrik dan elektronik, perkhidmatan perniagaan, penjagaan kesihatan swasta, pertanian, dan Greater Kuala Lumpur.

Industri minyak dan gas, yang menyumbang 13.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lepas, boleh memberi tumpuan, bukan sahaja kepada perkhidmatan dan peralatan telaga minyak (OFSE), malah dalam bidang logistik, memandangkan Malaysia merupakan antara pemilik dan pengendali kapal gas asli cecair (LNG) terbesar di dunia.

Bagi memanfaatkan pontensi industri, kerajaan akan meningkatkan akses kepada pasaran antarabangsa, meningkatkan latihan kemahiran dengan kerjasama industri, dan memperkukuh hubungan dalam industri hiliran untuk mengoptimum sumber, kemudahan dan perkhidmatan sedia ada di kompleks petrokimia bersepadu.

Ia juga akan meluaskan peluang perniagaan dalam aktiviti logistik dan maritim, dan akan memperkukuh perkhidmatan profesional berkaitan minyak dan gas serta mewujudkan jaguh antarabangsa dalam OFSE, yang berkaitan pengeluaran minyak laut dalam dan penyedia perkhidmatan bersepadu.

Ini telah dibentangkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen hari ini.

Dalam menyasarkan peningkatan sumbangan keluaran industri minyak sawit kepada RM21.9 bilion kepada KDNK dengan pendapatan eksport mencecah RM69.3 bilion, kerajaan akan antara lain, mempromosi Malaysia sebagai hab global minyak sawit dan destinasi pilihan pelaburan asing seperti dalam bidang pengeluaran produk berasaskan oleokimia, penyediaan kemudahan pukal dan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Kerajaan juga akan memperkukuh sektor kewangan dan telah menyasarkan sektor kewangan dan insurans berkembang sebanyak 8.3 peratus dan 12.7 peratus kepada KDNK bagi RMK-10, dengan merumuskan rangka tindakan sektor kewangan yang baharu serta menangani isu struktural dalam industri insurans melalui penggabungan dan rasionalisasi.

Bagi pemborongan dan peruncitan pula, kerajaan akan memodenkan dan mentransformasinya kepada sektor yang lebih cekap dengan perkhidmatan berkualiti lebih tinggi kepada pengguna, selari dengan sasaran supaya ia menyumbang 15.1 peratus kepada KDNK pada 2015 meliputi liberalisasi serta menggalakkan penggabungan.

Dalam mencapai pendapatan pelancongan sebanyak RM115 bilion kepada KDNK menerusi dua juta pekerjaan, kerajaan akan menarik lebih ramai pelancong berbelanja tinggi dan memperluas pasaran daripada negara yang mempunyai pertumbuhan tinggi terutama Rusia, India, China dan Timur Tengah.

Bagi teknologi maklumat dan komunikasi pula, MSC Malaysia akan mengenal pasti dan membangunkan beberapa bidang terpilih termasuk pembangunan perisian, multimedia kreatif, perkhidmatan perkongsian dan penyumberan luar serta e-bisnes, sementara konsep kluster akan diguna pakai bagi memacu pertumbuhan bidang tersebut yang melibatkan koloborasi antara syarikat global sebagai nukleus dengan enterpris kecil dan sederhana (EKS).

Kerajaan juga akan memberi tumpuan kepada pembangunan pemboleh utama industri elektrik dan elektronik (E&E) seperti meningkatkan kemahiran bakat sedia ada dan meningkatkan sumber bakat yang berkaitan, mengukuhkan eko-sistem R&D, mengembangkan jumlah vendor tempatan dan membangunan infrastruktur.

Dalam mencapai sasaran meningkatkan sumbangan perkhidmatan perniagaan kepada 3.3 peratus kepada KDNK pada 2015, tumpuan akan diberi untuk mambangunkan lagi perkhidmatan berkaitan pembinaan dan pengurusan alam sekitar.

Bagi penjagaan kesihatan swasta, kerajaan berhasrat meningkatkan pendapatan daripada perjalanan penjagaan kesihatan pada kadar 10 peratus setahun dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk penjagaan kesihatan di rantau ini.

Untuk pertanian pula, tumpuan khas akan diberi terhadap aktiviti bernilai tinggi seperti penternakan burung walit, akuakultur, rumpai laut serta herba dan rempah ratus, bagi meningkatkan sumbangan sektor itu sebanyak dua peratus kepada KDNK pada 2015.

Selain itu, pendekatan strategik berkaitan jaminan keselamatan makanan akan diambil kira bagi memastikan bekalan makanan terutama beras sentiasa ada, mudah diakses dan harga makanan yang berpatutan untuk orang awam.

Bagi meletakkan Greater Kuala Lumpur sebagai bandar bertaraf dunia, kombinasi strategi pertumbuhan ekonomi dan kesesuaian didiami diperlukan, seperti mewujudkan Wilayah Kewangan Anatarabangsa Kuala Lumpur sebagai pusat kewangan global terutama bagi kewangan Islam, dan merubah pengangkutan awam bandar bagi memastikan jalinan hubungan yang lancar.

Selain NKEA, kerajaan juga akan mempercepat pembangunan ekonomi wilayah dengan memberi tumpuan terhadap membangunkan sebilangan kluster yang berpendapatan tinggi dalam koridor yang mempunyai kelebihan dari segi sektor dan geografi.

Antara lain, ia akan mengenal pasti pelabur induk untuk meneraju pembangunan koridor, dan akan menyusun semula tumpuan pihak berkuasa koridor di kawasan geografi yang lebih kecil. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan