RMK10 - Minyak

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sumbangan dari sektor minyak dan gas dijangka meningkat kira-kira 20 peratus dalam tempoh lima tahun Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK10) sehingga mencapai RM81.9 bilion atau 11.1 peratus daripada keluaran kasar dalam negara kasar (KDNK) pada 2015.

Aktiviti huluan dijangka menyumbang RM43 bilion atau 5.8 peratus kepada KDNK manakala aktiviti hiliran akan menyumbang RM39.8 bilion atau 5.3 peratus pada 2015, kata Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri.

"Kewujudan rizab minyak dan gas jelas memberi kelebihan kepada Malaysia untuk memberi tumpuan kepada sektor ini," katanya dalam Laporan RMK10 (2011-2015) yang dikeluarkan hari ini.

Laporan itu dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini.

EPU berkata infrastruktur yang mantap seperti pelantar luar pantai, tiga zon petrokimia bersepadu dan tapak penghasilan gas asli cecair (LNG) bertaraf dunia telah dibina bagi menyokong pertumbuhan sektor ini.

Ia berkata Petronas memainkan peranan penting dalam menggerakkan pertumbuhan industri menerusi pembangunan sumber minyak dan gas serta membuka peluang kepada syarikat tempatan membina kemampuan dan keupayaan di sepanjang rantaian nilai.

Bagi memacu pertumbuhan, Malaysia akan mempercepat dan mengoptimum pembangunan rizab tempatan dan infrastruktur sedia ada serta menyokong pewujudan jaguh dalam sektor ini di peringkat serantau dan antarabangsa.

EPU berkata peluang juga wujud dalam sektor logistik memandangkan Malaysia merupakan salah satu pemilik dan pengendali kapal LNG yang terbesar di dunia.

Bagi memanfaatkan potensi yang ada, EPU berkata inisiatif akan dilaksanakan untuk meningkatkan akses kepada pasaran antarabangsa dan meningkatkan latihan kemahiran (teknikal dan pengurusan) dengan kerjasama industri.

Memperkukuhkan hubungan dalam industri hiliran untuk mengoptimum sumber, kemudahan dan perkhidmatan sedia ada di kompleks petrokimia bersepadu dan meluaskan peluang perniagaan dalam aktiviti logistik dan maritim.

EPU berkata Malaysia juga boleh memperkukuhkan perkhidmatan profesional berkaitan minyak dan gas serta mewujudkan jaguh antarabangsa.

Contohnya, katanya di dalam perkhidmatan dan peralatan telaga minyak (OFSE), yang berkaitan pengeluaran minyak laut dan penyedia perkhidmatan bersepadu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan