RMK10 - Liberalisasi

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Liberalisasi selanjutnya akan dilaksanakan merangkumi kesemua 128 subsektor, dengan membenarkan sekurang-kurangnya 70 peratus pemilikan ekuiti pada peringkat Asean menjelang 2015, bagi memenuhi tempoh masa dan had ekuiti menerusi Perjanjian Rangka Kerja Asean Bagi Perkhidmatan (AFAS).

Penambahbaikan dan komitmen baharu akan meliputi subsektor penjagaan kesihatan, pelancongan, telekomunikasi, perkhidmatan pendidikan, alam sekitar, pengangkutan dan perniagaan, kata Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri dalam laporan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) (2010-2015), di sini hari ini.

Laporan itu dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen, hari ini.

Ini merupakan tambahan kepada liberalisasi 65 daripada 128 subsektor pada akhir tahun 2008.

Sebagai tambahan kepada 128 subsektor tersebut, perkhidmatan kewangan dan pengangkutan udara akan terus diliberalisasikan ke arah mencapai sasaran pada tahun 2015, kata EPU.

Sektor perkhidmatan dijangka berkembang pada kadar 7.2 peratus setahun sehingga 2015, meningkatkan sumbangannya sebanyak 61 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir tempoh RMK-10.

Pertumbuhan ini akan banyak bergantung terhadap usaha meningkatkan produktiviti sektor dan menarik pelaburan baharu.

Dianggarkan sebanyak RM44.6 bilion pelaburan baharu diperlukan sepanjang tempoh rancangan bagi sektor perkhidmatan mencapai pasaran sumbangan kepada KDNK, dengan sebahagian besar daripadanya membabitkan pelaburan langsung asing.

Sektor perkhidmatan kini menyumbang 58 peratus kepada KDNK Malaysia, dan perlu menjadi pemacu penting pertumbuhan ekonomi dalam tempoh rancangan itu.

Sektor perkhidmatan akan diliberalisasikan mengikut AFAS, Pertubuhan Perdagangan Dunia dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).

Kerajaan menyasarkan Malaysia mencapai kedudukan 10 negara teratas di dunia dalam urusan menjalankan perniagaan menjelang akhir tempoh RMK-10.

Berdasarkan laporan Doing Business 2010 oleh Bank Dunia 2010, Malaysia berada pada kedudukan ke-23 antara 183 negara.

Ini bukan sahaja akan meningkatkan daya saing Malaysia pada peringkat global, malah akan menjadikan negara ini antara destinasi terbaik untuk menjalankan perniagaan di Asia.

Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan akan mengkaji semula peraturan perniagaan secara menyeluruh, bermula dengan peraturan yang memberi kesan terhadap Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA).

Peraturan yang menyumbangkan kepada penambahbaikan pencapaian negara akan dikekalkan manakala peraturan yang tidak diperlukan dan lapuk akan dimansuhkan.

Kajian semula ini akan diteraju oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia, yang akan dijenama dan distruktur semula bagi memastikan ia mempunyai keupayaan yang kukuh dan sumber yang mencukupi.

MPC akan dianggotai oleh pakar yang bersesuaian daripada kalangan ahli akademik dan perniagaan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan