RMK10 - Koridor

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK10) memberi keutamaan kepada pembangunan aglomerasi bandar, penumpuan koridor di sekitar kluster dan membangunkan sektor ekonomi berimpak tinggi.

Bagi tujuan ini, Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri berkata 11 sektor dan satu kawasan geografi telah dikenal pasti sebagai Aktiviti Utama Ekonomi Nasional (NKEA) untuk memacu pertumbuhan ekonomi.

NKEA tersebut adalah minyak dan gas, minyak sawit dan produk berkaitan, perkhidmatan kewangan, pemborongan dan peruncitan, pelancongan, teknologi maklumat dan komunikasi, pendidikan, elektrik dan elektronik dan perkhidmatan perniagaan.

Dalam Laporan RMK10 2011-2015 yang dikeluarkan hari ini, EPU berkata langkah pembaharuan ekonomi dalam RMK10 seperti permodenan peraturan perniagaan, pembangunan modal insan, peningkatan persaingan domestik, penghapusan herotan pasaran dan penambahbaikan infrastruktur akan menyediakan eko-sistem pemboleh bagi NKEA.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentang RMK10 di Dewan Rakyat hari ini.

EPU berkata usaha memanfaatkan bandar bagi mempercepat pertumbuhan ekonomi merupakan strategi penting bagi tempoh 2011-2015 dan Kuala Lumpur telah dipilih kerana ia menyumbang hampir satu pertiga kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Katanya pembangunan ekonomi wilayah akan dipercepatkan dengan memberi tumpuan di bawah RMK10 dengan memberi tumpuan membangun sebilangan kluster yang berkepadatan tinggi di koridor yang mempunyai kelebihan dari segi sektor dan geografi.

Lima koridor itu adalah Iskandar Malaysia, Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER), Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dan Koridor Pembangunan Sabah (SDC).

Bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat dari koridor berkenaan, EPU berkata RMK10 akan memberi tumpuan semula kepada memacu pertumbuhan melalui kerjasama dengan sektor swasta untuk membangunkan industri keutamaan.

Kerajaan juga akan memberi tumpuan kepada sebilangan kecil sektor dan klusted yang mempunyai kelebihan daya saing untuk memaksimumkan impak dan pelaksanaan lebih tertumpu, katanya.

Pembangunan juga akan memberi tumpuan kepada memudahkan pelaburan swasta, menyokong eko-sistem industri dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Iskandar Malaysia, menurut EPU, akan terus menarik pelaburan ke lima nod pertumbuhan yang telah dikenal pasti untuk membangunkan kluster ekonomi dalam bidang pendidikan, penjagaan kesihatan, kewangan, industri kreatif, logistik dan pelancongan.

NCER akan memberi tumpuan dalam menggalakkan sektor pertanian, pembuatan, dan perkhidmatan yang terdiri daripada pelancongan dan logistik dalam RMK10.

EPU berkata ECER akan memberi tumpuan kepada inisiatif utama berkaitan pelancongan, minyak, gas, industri petrokimia, pertanian dan pendidikan.

Di SCORE, lima nod pertumbuhan telah dikenal pasti dengan matlamat memberi tumpuan kepada usaha pembangunan dan pelaburan di dalam koridor tersebut. Nod pertumbuhan ini adalah Tanjong Manis, Mukah, Samalaju, Baram and Tunoh.

Di SDC pula, EPU berkata koridor itu meliputi seluruh negeri Sabah dengan tumpuan diberi kepada Kawasan Pembangunan Strategik (SDA) yang telah dikenal pasti bagi menjana peluang pekerjaan dan pendapatan penduduk setempat serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi mampan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan