RMK10 - Isi Rumah

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan mensasar untuk meningkatkan purata pendapatan isi rumah 40 peratus terendah kepada RM2,300 sebulan pada 2015 berbanding hanya RM1,440 sebulan tahun lepas, menurut laporan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10).

Selain itu, laporan itu menyebut, peratusan isi rumah 40 peratus terendah yang mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau ke atas akan ditingkatkan daripada 30 peratus tahun lepas kepada 45 peratus pada akhir RMK10.

Menurut laporan itu, 65 peratus isi rumah tersebut berada di enam negeri iaitu Johor, Kedah, Perak, Sabah, Sarawak dan Selangor dengan Bumiputera merupakan 73 peratus. Sejumlah 51.4 peratus isi rumah itu adalah di bandar manakala 48.6 peratus adalah di luar bandar.

Tiga strategi untuk meningkatkan taraf hidup isi rumah tersebut ialah:

* menyediakan sokongan bagi membina keupayaan dan meningkatkan potensi menjana pendapatan melalui pendidikan dan keusahawanan.

* menangani keperluan taraf hidup semasa dengan meningkatkan akses kepada kemudahan asas

* melaksanakan program khusus untuk kumpulan sasar yang mempunyai keperluan tertentu seperti Bumiputera di Sabah dan Sarawak, masyarakat orang asli di Semenanjung Malaysia, penduduk di kampung baru Cina dan pekerja ladang yang sebahagiannya berketurunan India.

Laporan itu berkata, penekanan akan diberi untuk meningkatkan akses kepada peluang pekerjaan dan pada masa yang sama, memperkukuhkan sokongan kepada mereka yang bekerja sendiri.

Program untuk meningkatkan pendapatan isi rumah luar bandar akan ditumpukan kepada meningkatkan kemahiran, mewujudkan jalinan dengan majikan dalam kluster berkaitan dan bandar berhampiran serta menyediakan sokongan kepada mereka yang bekerja sendiri, perniagaan mikro dan industri berskala kecil.

Program-program itu bakal membabitkan agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan sebagainya.

Bagi di bandar, program melibatkan latihan kemahiran bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan berpendapatan tinggi serta menjalankan perniagaan berasaskan kemahiran. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan