RMK10 - Infrastruktur

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan seluruh rakyat, terutamanya masyarakat luar bandar, dapat menikmati akses kepada infrastruktur fizikal asas.

Menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10), kerajaan akan memberi tumpuan untuk menambah dan menaik taraf rangkaian jalan luar bandar.

Laporan itu menyebut sepanjang 6,312 kilometer jalan berturap akan dibina di Semenanjung Malaysia, 2,540 kilometer dibina di Sabah dan 2,819 kilometer di Sarawak pada akhir tempoh RMK-10.

Dalam tempoh RMK10, liputan bekalan elektrik luar bandar akan diperluaskan melalui grid nasional dan sistem alternatif seperti hidro-mini dan solar hibrid.

Laporan itu menyebut liputan elektrik luar bandar dijangka mencapai hampir 100 peratus di Semenanjung Malaysia dan 99 peratus di Sabah dan Sarawak.

Laporan itu menyebut sasaran bilangan tambahan rumah yang akan dibekalkan elektrik adalah 6,000 rumah di Semenanjung Malaysia, 59,000 di Sabah dan 76,000 di Sarawak.

Menurut laporan itu sasaran liputan rumah di luar bandar yang mendapat bekalan air bersih atau dirawat pada tahun 2015 adalah 99 peratus di Semenanjung Malaysia, 98 peratus di Sabah dan 95 peratus di Sarawak.

"Sebanyak 117,000 rumah di Semenanjung Malaysia, 112,700 rumah di Sabah dan 84,700 rumah di Sarawak akan dibekalkan air bersih atau dirawat," menurut laporan itu lagi.

Selaras dengan usaha untuk menuju ke arah mewujudkan negara berpendapatan tinggi berasaskan inovasi, kerajaan bersama dengan industri Komunikasi dan Multimedia akan menubuhkan telecentre 1Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar.

"Telecentre 1Malaysia ini akan menjadi tempat tumpuan masyarakat luar bandar untuk mempelajari kemahiran ICT secara meluas, manakala dalam konteks memupuk budaya inovasi dan kreativiti, telecentre ini juga akan menyediakan ruang belia untuk melibatkan diri dengan aktiviti percambahan minda," kata laporan itu.

Sementara itu penyediaan perkhidmatan pengangkutan asas luar bandar seperti pengangkutan udara dan air akan diperluas bagi meningkatkan hubungan dan akses penduduk luar bandar.

Laporan itu menyebut tumpuan akan diberi di Sabah dan Sarawak seperti usaha menambah baik lapangan pelepasan dan pendaratan jarak pendek (STOL) sementara di Semenanjung Malaysia pula, laluan baru bagi bas henti-henti dan penambahan bas ekspres baru antara pusat luar bandar dan bandar.

Bagi memastikan pelaksanaan program pembangunan infrastruktur asas luar bandar secara berkesan pula, kerajaan akan menyediakan beberapa pembolehubah antaranya:

* Menggunakan pakai pelan pembangunan sebagai landasan untuk memastikan penyepaduan perancangan dan pelaksanaan program pembangunan infrastruktur luar bandar. * Menambah baik proses pentadbiran sedia ada untuk mengurangkan masa yang diperlukan bagi proses tender. * Memastikan bekalan sumber manusia, mesin dan bahan yang mencukupi melalui kerjasama lebih rapat dengan pembekal. * Membangunkan pengurusan program dan tata urus projek yang berkesan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan