RMK10 - Guru

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melancarkan program 'Mengajar untuk Malaysia' yang berprofil tinggi bagi menarik pelajar cemerlang dan terbaik untuk mengajar selama dua tahun di sekolah berprestasi rendah atau di luar bandar.

Menurut Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) yang dibentangkan di Parlimen hari ini, langkah itu bertujuan menambah bilangan guru siswazah dari 89.4 peratus pada 2009 kepada 90 peratus menjelang 2015 di sekolah menengah dan dari 28 peratus pada 2009 kepada 60 peratus menjelang 2015 bagi sekolah rendah.

Di bawah program ini, siswazah cemerlang di bawah biasiswa korporat akan digalakkan mengambil bahagian sebelum kembali bekerja dengan majikan mereka.

Mereka akan menyertai program latihan 'fast-track' di mana mereka akan diberikan latihan intensif tentang kaedah mengajar terbaru. Bagi menentukan kualiti minimum yang lebih tinggi, jaminan pelantikan bagi guru-guru pelatih di Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan universiti awam akan dihapuskan. -- LAGI

Pada masa ini guru-guru pelatih dijamin pelantikan di sekolah tidak kira prestsi mereka. Kini terdapat 175,000 pemohon menjadi guru setiap tahun, menaikkan jumlah kepada 20,000 guru baru yang ditempatkan di sekolah.

Namun, tidak ramai pemohon mempunyai bakat dan sikap yang sesuai menjadi guru. Langkah-langkah menambahbaik latihan guru:

- Kursus perguruan lepasan siswazah akan dilanjutkan dari setahun kepada setahun setengah.

- Jabatan Pelajaran Negeri akan menyelaras program praktikum.

- Guru-guru berpengalaman akan diberikan kursus pembimbing untuk meningkatkan kebolehan membimbing mereka.

- Kualiti latihan praktikum yang disediakan akan menjadi sebahagian daripada penilaian prestasi sekolah dan guru pembimbing. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan