RMK10 - Defisit

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah hutang kerajaan Persekutuan dijangka berjumlah RM405.1 bilion atau 52. 9 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2010.

Kira-kira 96 peratus daripada jumlah hutang berkenaan dibiayai melalui sumber dalam negeri.

Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri berkata, kerajaan mensasarkan untuk mengurangkan defisit fiskal kepada 5.3 peratus pada 2010 berbanding tujuh peratus pada 2009.

"Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal kepada tahap yang mampan dan memastikan akaun semasa kerajaan sentiasa berada dalam lebihan," demikian menurut EPU dalam Laporan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang dikeluarkan hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan RMK-10 di Dewan Rakyat hari ini.

Ia berkata bahawa usaha bagi mengukuhkan kedudukan fiskal yang dilaksanakan sejak 2000 telah menambah baik kedudukan fiskal kerajaan Persekutuan, yang mana defisit keseluruhan telah mengecil kepada 3.2 peratus pada 2007 daripada 5.5 peratus pada 2000.

Bagaimanapun, defisit fiskal telah meningkat kepada 4.8 peratus pada 2008 dan tujuh peratus pada 2009 kesan daripada kelembapan ekonomi dunia.

Dalam tempoh tiga tahun pertama Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)(2006-2008), EPU berkata hasil kerajaan Persekutuan mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 14.6 peratus setahun, yang disumbangkan terutamanya oleh kutipan cukai pendapatan korporat dan individu yang lebih tinggi berikutan prestasi ekonomi yang memberangsangkan.

Tetapi kelembapan ekonomi dunia pada 2009 telah memberi kesan kepada kutipan hasil yang dijangka menokok hanya tiga peratus setahun dalam tempoh RMK-9, katanya.

Sehubungan itu, hasil kerajaan Persekutuan dianggar meningkat sebanyak 8.6 peratus setahun semasa tempoh RMK-9 (2006-2010), dengan hasil berkaitan minyak menyumbang kira-kira 40 peratus daripada jumlah hasil pada 2010.

Perbelanjaan mengurus meningkat pada kadar 16.2 peratus setahun dalam tempoh tiga tahun pertama RMK-9 berikutan peningkatan ketara subsidi minyak dan makanan serta emolumen ekoran pelarasan gaji penjawat awam.

Pelaksanaan dua pakej rangsangan berjumlah RM67 bilion sebagai langkah kitaran balas pada 2009 dan 2010 turut menyumbang kepada perbelanjaan yang lebih tinggi.

EPU berkata dalam tempoh RMK-9, inflasi dijangka kekal rendah pada kadar purata 2.8 peratus setahun hasil daripada pelaksanaan dasar kewangan yang menyokong dan langkah pentadbiran untuk membendung inflasi meskipun harga minyak dan produk makanan global meningkat tinggi pada 2008.

Sebahagian besar pertumbuhan ekonomi dalam tempoh RMK-9 telah disumbang oleh permintaan dalam negeri. Dalam tempoh 2006-2008, permintaan dalam negeri meningkat 7.7 peratus setahun tetapi dijangka menyederhana dengan ketara kepada 2.5 peratus setahun dalam tempoh 2009-2010, terutamanya disebabkan penguncupan KDNK sebanyak 0.5 peratus pada tahun 2009.

Pertumbuhan domestik diterajui oleh penggunaan swasta yang berkembang sebanyak 6.5 peratus setahun berikutan harga komoditi yang lebih tinggi, pasaran guna tenaga yang berdaya tahan dan kemudahan pembiayaan kewangan yang lebih baik.

Bagi prestasi mengikut sektor, semua sektor kecuali perlombongan dan kuari mencatatkan pertumbuhan positif yang diterajui oleh sektor perkhidmatan.

Keseluruhan eksport negara juga telah berkembang pada kadar 3.2 peratus setahun, kecuali eksport produk elektrik dan elektronik yang menyumbang 59.1 peratus daripada jumlah eksport pembuatan, merosot sebanyak 0.1 peratus setahun. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan