RMK10 - Belia

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program pembangunan belia di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 adalah untuk melahirkan belia berkebolehan dalam bidang kemahiran, keusahawanan dan kepimpinan, menurut laporan rancangan pembangunan lima tahun negara yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, kerajaan juga akan memupuk belia dengan sikap positif terhadap semangat patriotisme dan kesukarelawanan serta memberi tumpuan untuk mengukuhkan budaya berdaya saing berdasarkan merit dan kebolehan.

Menurut laporan itu, jumlah belia dalam kumpulan umur 15 hingga 40 tahun meningkat daripada 11.1 juta pada 2005 kepada 11.9 juta tahun lalu, iaitu 41.5 peratus daripada jumlah penduduk negara.

Peratusan belia yang menganggur meningkat daripada 10.5 peratus kepada 10.9 peratus bagi tempoh 2001 hingga 2008, iaitu 62 peratus daripada jumlah keseluruhan pengangguran pada 2008, menurut laporan itu.

Laporan itu berkata nisbah pekerjaan-kepada-penduduk untuk mereka yang berusia 15-24 tahun berkurangan daripada 42.7 peratus pada 2001 kepada 36.7 peratus pada 2008.

Bagi memastikan belia mendapat pekerjaan, laporan itu, antara lain menyenaraikan program pembangunan kemahiran seperti berikut:

* Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) menawarkan kursus kemahiran yang mempunyai permintaan tinggi;

* Mengiktiraf kursus yang ditawar IKBN di bawah Sijil Kemahiran Malaysia.

* menawarkan kursus sukan berintensif modal seperti golf dan sukan permotoran.

* Memperkenal program sangkutan bagi menempatkan pemimpin belia berkebolehan di jabatan kerajaan, syarikat swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk tempoh setahun. Menurut laporan itu, peluang juga diberi kepada pemimpin belia menghadiri pelbagai persidangan antarabangsa dan forum seperti program Global Model Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan