RMK10 - Bantuan

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan program pembangunan bersepadu dan bantuan peningkatan keupayaan khusus bagi mengurangkan kemiskinan di kalangan Bumiputera di Sabah dan Sarawak dan masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia.

Menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) yang dibentangkan di Parlimen hari ini, sasaran kerajaan adalah untuk mengurangkan jumlah kemiskinan dalam kalangan Orang Asli daripada 50 peratus pada 2009 kepada 25 peratus pada 2015, etnik minoriti Sabah daripada 22.8 peratus kepada 12 peratus manakala etnik minoriti Sarawak daripada 6.4 peratus kepada tiga peratus dalam tempoh yang sama.

Laporan itu juga menyebut bagi masyarakat Orang Asli, program pembangunan dan pemilikan tanah akan dilaksanakan bagi membolehkan mereka diberi hak milik dan menjadi petani yang aktif sementara program yang sama juga akan dipertimbangkan untuk dikaji kesesuaiannya pelaksanaan bagi etnik minoriti Sabah dan Sarawak.

Sementara itu bantuan juga akan diberikan kepada Bumiputera di Sabah dan Sarawak terutamanya etnik minoriti orang Asli untuk menjalankan aktiviti perniagaan seperti inap desa dan perkhidmatan eko pelancongan.

Bagi menangani kadar keciciran yang tinggi di peringkat sekolah menengah yang mana ia disebabkan faktor lokasi, akses kepada pendidikan Sekolah Model Khas akan diperluaskan.

Selain itu inisiatif juga akan diambil untuk membantu Bumiputera di Sabah dan Sarawak terutamanya etnik minoriti dan masyarakat Orang Asli iaitu dengan menubuhkan koperasi bagi memasarkan produk kraftangan mereka.

Laporan itu juga menyatakan bahawa kerajaan juga akan menyediakan bantuan kewangan kepada penduduk di kampung Baru Cina untuk menaik tarafkan rumah dan membiayai aktiviti peniagaan, antaranya dengan memperkenalkan skim pinjaman bagi membiayai bayaran premium dan memperbaharui tempoh pajakan tanah melalui institusi kewangan.

"Skim berkenaan juga akan disediakan bagi membantu penduduk untuk menaik taraf rumah serta menyediakan modal bagi menjalankan aktiviti perniagaan," kata laporan itu.

Sementara itu bagi memperbaiki taraf hidup pekerja ladang yang sebahagian besarnya berketurunan India, sejumlah RM109 juta akan diperuntukkan dalam tempoh 2011 dan 2012 untuk membekalkan air yang dirawat kepada ladang yang berkeluasan kurang daripada 1,000 ekar.

Menurut laporan itu kerajaan juga akan mengambil langkah untuk menggalakkan pemilik ladang menyediakan akses jalan dan kemudahan seperti rumah dan sekolah sementara program latihan dan latihan semula kemahiran sedia ada akan diperluas untuk melatih bekas pekerja ladang yang hilang pekerjaan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan