RMK10 - Autonomi

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih banyak universiti tempatan yang menepati syarat akan diberi kuasa autonomi dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

Menurut laporan rancangan pembangunan lima tahun negara itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, langkah itu merupakan antara usaha bersepadu kerajaan untuk meningkatkan kompetensi siswazah dan kebolehpasaran modal insan negara.

Ketika ini hanya Universiti Sains Malaysia (USM) mempunyai kuasa autonomi.

USM merupakan universiti Program Pemacuan untuk Kecemerlangan (APEX) pertama sejak program itu diperkenalkan pada 2008 bertujuan meningkatkan inovasi, prestasi dan menggalakkan kecemerlangan universiti terbabit.

Universiti APEX diberi kuasa autonomi dalam bidang tadbir urus, sumber manusia (lantikan anggota sokongan, staf akademik dan pengurusan atasan), kewangan dan pengambilan pelajar.

Selain memperluaskan pemberian autonomi kepada universiti penyelidikan dan universiti awam lain, beberapa pendekatan digariskan dalam RMK10 bagi meningkatkan kompetensi siswazah di negara ini seperti berikut;

* Pembaharuan kontrak Naib Canselor bergantung kepada prestasi universiti terbabit dengan petunjuk prestasi utama (KPI), antara lain, adalah kebolehpasaran siswazah.

* Pembiayaan institusi tertiari awam akan berasaskan prestasi, antara lain, bersandarkan prestasi yang dikaitkan dengan Sistem Penarafan Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA).

* Program Perkongsian Pemindahan Pengetahuan (KTP) akan diperkenalkan pada 2011 bagi meningkatkan kerjasama industri dengan universiti berkaitan dalam memperkukuhkan kerjasama industri dan penyelidikan.

* Sebanyak 2,730 kursus pengajian sedia ada akan disemak semula bagi memastikan pematuhan kepada Kerangka Kelayakan Malaysia bagi menyeimbangkan kandungan akademik dan kemahiran awal.

* Semua politeknik disusun semula dengan menawarkan kursus di peringkat diploma dan ijazah serta mengurangkan secara berperingkat kursus peringkat sijil menjelang akhir 2015.

* Tiga politeknik sedia ada akan dinaik taraf kepada politeknik premier untuk melaksanakan penyelidikan gunaan melalui kerjasama dengan industri berkaitan bagi memupuk inovasi dan teknologi baru.

* Menjelang akhir RMK10, staf akademik berkelayakan PhD di universiti penyelidikan disasarkan sebanyak 75 peratus, manakala universiti awam lain 60 peratus berbanding 35.9 peratus pada 2009.

* Bagi mencapai sasaran ini, program MyBrain15 menetapkan matlamat meningkatkan pemegang PhD kepada 18,000 pada 2015 dan 60,000 pada 2023 dengan RM2.26 bilion diperuntukkan bagi menyediakan biasiswa kepada 16,800 staf akademik melanjutkan pengajian di peringkat PhD.

Selain meningkatkan kompetensi siswazah, kerajaan juga akan memperluaskan akses kepada pendidikan teknikal dan latihan vokasional khususnya sebagai peluang kedua kepada pelajar tercicir bagi melahirkan tenaga mahir.

Seramai 20,000 pelajar tercicir akan mendapat manfaat daripada liputan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang akan diperluaskan dalam RMK10 dengan RM150 juta diperuntukkan bagi tempoh tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan