PM lancar Chevrolet Cruze RM97,888

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melihat kereta Chevrolet Cruze ketika pelancaran kereta tersebut di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini. Turut kelihatan (dari kiri) Pengerusi Eksekutif Kumpulan NAZA, SM Nasaruddin SM Nasimuddin, Presiden Operasi General Motors Asia Tenggara Martin Apfel, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif NAZA dan Pengarah Chevrolet Malaysia Sanjeev Grag (kanan).-Foto BERNAMA.
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melihat kereta Chevrolet Cruze ketika pelancaran kereta tersebut di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini. Turut kelihatan (dari kiri) Pengerusi Eksekutif Kumpulan NAZA, SM Nasaruddin SM Nasimuddin, Presiden Operasi General Motors Asia Tenggara Martin Apfel, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif NAZA dan Pengarah Chevrolet Malaysia Sanjeev Grag (kanan).-Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak merasmikan kemunculan pertama Chevrolet Cruze di negara ini dengan tawaran harga pasaran menarik bermula RM97,888.

Perdana Menteri mengumumkan demikian pada majlis pelancaran Chevrolet Cruze di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini petang tadi.

Sedan kompak 1.8 liter (1,796cc) terlaris di pasaran Eropah, Australia, India dan rantau Asia itu dipacu pemanduan tayar hadapan menerusi transmisi automatik enam kelajuan terbaru dalam kelasnya tersendiri dengan fungsi shiftronik.

Chevrolet Cruze turut merangkul 35 anugerah termasuk pencapaian keselamatan lima bintang oleh Program Penilaian Kenderaan Baru Eropah dan Australia (Euro-NCAP dan ANCAP).

Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Syarikat Naza, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin berkata, kejayaan Cruze di rantau ini mengukuhkan lagi keyakinan pihaknya bergabung tenaga dengan General Motors (GM) Asia Tenggara menerusi syarikat sekutunya, Pavilion Crest Sdn Bhd (Pavilion Crest).

"Kami akan bekerjasama erat dalam usaha menilai kemampuan program pemasangan utomotif di Malaysia di mana meningkatkan kemungkinan sokongan kolabiratif bagi memenuhi permintaan serantau," katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut.

Hadir sama, Presiden General Motors Operasi Asia Tenggara, Martin Apfel; Pengarah Chevrolet Malaysia, Sanjeev Garg dan Ketua Pegawai Eksekutif Pavilion Crest Sdn Bhd, Datuk Marwan Mohd Said.

Sementara itu Apfel menegaskan keyakinan pihaknya dalam membawakan produk automotif terbaiknya kepada pasaran tempatan mengikut spesifikasi dan keperluan rakyat.

"Contohnya Cruze mempunyai ciri teknologi dan pacuan kuasa selain reka bentuk struktur yang stabil, selesa dan dinamik untuk pemanduan efisien. Antaranya sistem penyerapan gegaran dan bunyi dari memasuki kabin kenderaan," jelas beliau.

Bagi memantapkan lagi ciri keselamata, Cruze memenuhi Sistem Peningkatan Kestabilan Kenderaan menggunakan brek elektronik untuk ketepatan kawalan pemanduan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan