PAS Mahu Menjadi Alternatif Untuk Orang Melayu

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahukan parti itu mempunyai daya penarik kepada kaum Melayu dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

Menteri Besar Kelantan itu berkata PAS perlu mendapat sokongan Melayu dengan lebih banyak untuk memastikan kemenangan parti itu serta menggantikan Umno.

"Kita mahu menjadikan PAS sebagai parti yang menarik kepada Muslim Melayu. Terutamanya 110 kawasan Parlimen yang dikuasai orang Melayu (UMNO)," katanya semasa berucap merasmikan muktamar Dewan Ulama, Muslimat dan Pemuda di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa dekat sini, semalam.

Beliau berkata PAS perlu bergerak cergas mulai sekarang bagi mendapatkan sokongan orang Melayu dengan membawa Islam sebagai ideologi perjuangan parti.

Beliau juga meminta ketiga-tiga Dewan membuat satu panduan terperinci dalam mendapatkan kepercayaan orang Melayu untuk menghadapi pilihan raya umum nanti.

Nik Abdul Aziz berkata PAS juga akan tetap bersama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menghadapi pilihan raya nanti kerana pakatan itu "semacam" pertolongan daripada Tuhan.

Beliau juga melihat pakatan itu menjadi alternatif kepada Barisan Nasional.

Nik Abdul Aziz berkata melalui pakatan itu, ia membuka pintu lebih luas untuk PAS dalam berdakwah menyebarkan Islam kepada bukan Islam.

"Selama ini Islam diajar untuk orang Melayu sahaja di pondok dan tidak kepada bukan Islam," katanya.

Beliau juga mengulangi pendiriannya agar PAS tidak bergabung dengan Umno yang pernah mengkhianati parti pada 1978 sehingga parti itu terjejas teruk. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan