Parlimen Baru RM800 Juta Di Putrajaya?

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kabinet telah mempertimbangkan untuk membina bangunan Parlimen yang baru bernilai RM800 juta di Putrajaya, manakala bangunan sedia ada di Kuala Lumpur akan dijadikan sebagai bangunan warisan.

Perkara itu diputuskan oleh Kabinet, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him mengenai kos dan tempoh memulihara dan menaik taraf bangunan Parlimen sedia ada.

Nazri berkata, bangunan Parlimen yang baru itu akan memberi lebih keselesaan di samping memenuhi pertambahan Ahli Parlimen pada masa ini.

Jawapan bertulis itu sebenarnya mengatakan Kabinet telah memutuskan untuk mempunyai bangunan baru di Putrajaya, namun Nazri ketika ditanya di lobi Parlimen mengatakan Kabinet masih lagi mempertimbangkan untuk memindahkan bangunan itu.

Beliau berkata, keputusan akhir akan dibuat hanya selepas Jabatan Kerja Raya (JKR) mengkaji perkara berkenaan.

Parlimen sedia ada dibina pada September 1962 berhampiran Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.

Bangunan tersebut yang bernilai RM18 juta ketika itu merupakan idea Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman.

Kompleks Parlimen itu terdiri daripada dua bahagian iaitu bangunan utama yang mempunyai bangunan tiga tingkat dan bangunan menara 18 tingkat.

Antara kedua-dua bangunan itu mempunyai dewan perhimpunan negara iaitu Dewan Rakyat (Parlimen) dan Dewan Negara (Senat).

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan