Pakatan Rakyat Digesa Tidak Perbaharui Lesen Premis Perjudian

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Kerajaan Pakatan Rakyat digesa supaya tidak memperbaharui lesen premis perjudian yang beroperasi di negeri-negeri yang dikuasai mereka.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasarudin Hasan Tantawi berkata, aktiviti perjudian secara tidak langsung meningkatkan indeks jenayah dalam negara.

"Sebagai satu pengajaran dan didikan berkesan, Dewan Pemuda PAS menyeru agar negeri-negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat tidak memberi kerjasama kepada Kerajaan Pusat dalam menyuburkan amalan mungkar dan keji ini.

"Negeri-negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat mesti dilihat lebih baik dan mulia berbanding kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat ke-51 di Pusat Dagangan Kelantan di sini hari ini.

Selain itu beliau berkata, tidak ada mana-mana agama yang menerima amalan perjudian yang dianggap tidak bermoral.

"Saya sudah periksa dengan wakil-wakil daripada agama lain dan mereka juga bersetuju bahawa agama mereka turut menolok amalan berjudi.

"Kami juga yakin bahawa pengundi memberi mandat kepada Pakatan Rakyat adalah untuk kita melakukan perubahan, menjaga serta memelihara tanah air dari terjebak dalam kemungkaran yang boleh membinasakan tamadun," katanya.

Sementara itu pada sidang media selepas majlis perasmian berkenaan, Nasarudin berkata beliau yakin cadangan tersebut tidak akan menghakis sokongan di kalangan pengundi bukan Islam kepada Pakatan Rakyat yang turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

"Selepas muktamar ini kita akan turun bertemu dengan Ketua Menteri dan Menteri Besar di negeri Pakatan Rakyat bagi membincangkan mengenai cadangan ini.

"Malah saya begitu gembira dengan perkembangan terkini apabila Selangor dan Pulau Pinang turut sama mengambil pendekatan untuk membanteras judi sukan," katanya.

Jelasnya, beliau yakin cadangan memansuhkan lesen perjudian itu mampu dilaksanakan berdasarkan kejayaan yang dilakukan di Kelantan dalam membanteras aktiviti tidak bermoral itu.

"Saya yakin ia boleh dilakukan kerana kita dapat lihat bahawa rakyat bukan Islam di Kelantan menerima perkara tersebut dan saya tidak nampak mengapa ia tidak boleh diaplikasikan di negeri lain," katanya.

Berhubung kepada soalan sama ada PAS akan turut menghalang pengambilan arak sama seperti perjudian, beliau berkata: "Judi dan arak adalah dua isu yang berbeza.

"Seperti yang saya katakan tadi, tak ada mana-mana agama yang menerima amalan rasuah, tapi ada agama yang membolehkan pengambilan arak... jadi kita hormati perkara berkenaan," katanya

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan