Mesir Diminta Buka Sempadan Rafah - Berita Semasa | mStar

Mesir Diminta Buka Sempadan Rafah

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia akan mendapatkan sokongan negara-negara lain untuk meminta Mesir supaya membuka sempadan Rafah bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan kepada rakyat Palestin di Gaza.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, beliau akan menghubungi Menteri Luar Mesir mengenai perkara tersebut, serta rakan-rakan sejawatannya dari negara seperti Jordan dan Turki.

"Kita akan sebulat suara dengan negara lain meminta agar kerajaan Mesir membuka sempadan Rafah. Saya percaya apabila negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bersuara dan meminta kerajaan Mesir agar berterusan membuka sempadan Rafah, kita boleh menghantar bantuan seperti ubat-ubatan, makanan dan pakaian," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Berhubung tindakan mengutuk kekejaman Israel seperti menerusi usul yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat Isnin lalu, Anifah berkata, usaha-usaha akan diteruskan untuk mengutuk serangan kejam tentera Zionis ke atas konvoi Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

"Kita juga akan mengadakan satu panel untuk membincangkan saluran yang boleh digunakan untuk membawa rejim Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa," katanya.

Anifah berkata, Malaysia telah meminta Turki, sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar mengadakan usul di PBB untuk mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel menyerang sukarelawan membawa bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza dan mengenakan tindakan sewajarnya kepada rejim tersebut. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan