LAPORAN KHAS: Perniagaan Haram Rokok Taja Pengganas & Jenayah Terancang

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Terdapat bukti jelas dan menyakinkan bahawa sebahagian besar dana daripada pendapatan berbilion dollar daripada dagangan menyeludup masuk rokok dunia, disalurkan kepada rangkaian pengganas serta jenayah terancang antarabangsa.

Ini didedahkan oleh badan penyiasat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), "Group of Experts" atau Kumpulan Pakar.

Kumpulan ini telah melaporkan bahawa berjuta-juta daripada pendapatan dagangan haram tembakau telah disalurkan kepada al-Qaeda, organisasi Taliban dan pertubuhan pengganas yang lain, dan kini turut membiayai pemberontak Congo bagi tujuan pengambilan anggota tentera yang terdiri daripada kanak-kanak, perlakuan merogol dan membunuh secara berleluasa.

Kerangka kerja Pertubuhan Kesihatan Dunia mengenai Konvensyen bagi Kawalan Tembakau telah mendapati bahawa 600 bilion rokok haram diseludup merentas sempadan negara setiap tahun.

Ini mewakili kerugian sebanyak ASD$50 (atau RM165.725) bilion keuntungan yang menjejaskan negara-negara di seluruh dunia. Edisi terbaru Tobacco Atlas, yang dikeluarkan oleh "American Cancer Society" (Persatuan Kanser Amerika) dan "World Lung Foundation" (Yayasan Paru-paru Dunia) turut memutuskan bahawa : "Rokok merupakan produk pengguna sah yang paling luas diseludup di dunia."

Meskipun trend yang membimbangkan itu berlaku di kebanyakan negara yang lain, Ukraine, dengan penduduk seramai 45 juta, dan berdasarkan kedudukan sempadannya yang mudah dicerobohi, mempunyai kadar paling rendah tembakau haram iaitu 1.7 peratus daripada jumlah pasarannya.

Ukraine menggunakan sepenuhnya Sistem Setem Cukai EDAPS untuk mengawal jualan produk haram dan EDAPS kini menawarkan sistem yang sama kepada negara lain.

"Teknologi hologram dan kaedah penguatkuasaan dengan Sistem mengesan dan menjejak kami membolehkan agensi-agensi kerajaan untuk bukan sahaja meningkatkan secara ketara pendapatan mereka daripada jualan produk yang dikenakan cukai eksais, malah secara ketara menyekat penggunaan produk haram yang kebiasaannya digunakan untuk membiayai jenayah merentas sempadan dan aktiviti keganasan," kata Alexander Vassiliev, Pengerusi EDAPS.

Sejak tragedi 9-11 (9 November), Biro Alkohol, Tembakau, Senjata api dan Bahan Letupan Amerika Syarikat, melaporkan bahawa para penyeludup yang mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas memperoleh berjuta-juta dollar daripada jualan rokok haram dan menyalurkan wang tunai itu untuk al-Qaeda dan Taliban.

Pada masa yang sama, pasaran gelap yang semakin membesar menyalurkan dana ini, bukan sahaja kepada kumpulan-kumpulan pengganas, malah berdozen-dozen kumpulan penjenayah terancang, yang mendapati keuntungan besar serta risiko yang rendah itu sukar ditolak, demikian menurut kajian terkini oleh Pusat Integriti Awam.

Pendakwaan kes penyeludupan rokok berskala besar pertama ke atas kegiatan pengganas, dilakukan di Carolina Utara pada 2002.

Juri Persekutuan di Charlotte menyabitkan kesalahan ke atas Mohamad Hammoud, 28, kerana melanggar pengharaman ke atas bahan sokongan untuk kumpulan-kumpulan pengganas dengan menyalurkan keuntungan daripada operasi penyeludupan rokok bernilai berbilion-bilion dollar kepada mereka.

Para pendakwa berjaya membuktikan bahawa sebahagian besar keuntungan daripada kegiatan itu dihantar kepada para pemimpin tertinggi pengganas.

"Ini merupakan keutamaan kami," kata Michael Bouchard, penolong pengarah ATF kepada Washington Post.

"Semakin dalam kami siasat kes-kes ini, lebih banyak kaitannya dengan pengganas ditemui."

Satu kajian Congres yang disediakan oleh Jawatankuasa dalaman bagi Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat -- "How Cigarette Smuggling is Funding our Enemies Abroad" (Bagaimana penyeludupan rokok kini membiayai Musuh kita Di Seberang Laut) -- memutuskan bahawa "Siasatan penguatkuasa undang-undang baru-baru ini telah mengaitkan secara langsung mereka yang terlibat dalam perdagangan rokok haram kepada organisasi pengganas terkemuka."

Satu laporan oleh Konsortium Antarabangsa bagi wartawan Penyiasat -- "Perdagangan haram Tembakau (Tobacco Underground)" -- menggariskan kegiatan penyeludup untuk Taliban dan lain-lain.

Laporan itu menjelaskan bagaimana perniagaan berbilion-bilion dollar itu merangsang jenayah Kongres Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu kedua belas mengenai Pencegahan Jenayah dan Keadilan Jenayah pada mesyuarat mereka di Brazil bulas lepas memutuskan bahawa, "Jenayah terancang dan keganasan memberi ancaman yang lebih hebat daripada sebelumnya terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa."

"Kami yakin bahawa Sistem Setem Cukai EDAPS kami mampu menyumbang secara berkesan ke atas usaha global untuk menghentikan terus dana daripada kegiatan ini secara lebih meluas kepada jenayah merentas sempadan dan keganasan," kata Vassiliev.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan