Kerajaan Akan Tingkat Kualiti Hidup Golongan Berpendapatan Rendah

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi fokus kepada usaha meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib ketika membentangkan laporan Rancangan Malaysia Ke-10 di Dewan Rakyat hari ini berkata daripada jumlah tersebut, Bumiputera merupakan bilangan terbesar iaitu 73 peratus daripada 2.4 juta isi rumah dalam kumpulan tersebut.

"Sehubungan itu, kerajaan bertekad untuk memperhebatkan dasar-dasar yang mengutamakan keadilan sosial. Saya percaya masalah yang dihadapi rakyat, sama ada di kampung pedalaman, estet atau kampung baru China, boleh diatasi sekiranya perhatian khusus diberikan untuk menanganinya.

"Oleh kerana itulah, melalui tinjauan mesra, saya inginkan maklum balas tentang kesulitan yang dihadapi rakyat," kata beliau.

Bagi menjaga kebajikan kumpulan berpendapatan rendah tersebut, Perdana Menteri berkata, keputusan berhubung pengurangan subsidi hanya akan dilaksanakan setelah mengambil kira maklum balas dan merundingi rakyat.

Sebagai langkah meningkatkan daya saing dan kecekapan pasaran serta memastikan penggunaan sumber yang lebih optimal, kawalan harga dan subsidi perlu dirasionalkan secara berperingkat untuk menghapuskan `market distortions' dan penyelewengan, katanya.

"Saya memberi jaminan, dalam usaha mengurangkan subsidi, golongan berpendapatan rendah dan mereka yang paling memerlukan akan terus diberikan bantuan untuk meringankan impak pengurangan subsidi ke atas kos sara hidup masing-masing," katanya.

Najib berkata, fokus khas juga akan diberi kepada golongan terpinggir yang tinggal di kawasan pedalaman terutamanya yang mendiami rumah panjang di Sabah dan Sarawak serta Orang Asli dan pekerja estet di Semenanjung Malaysia.

Kerajaan juga katanya sedang mempertimbangkan kaedah untuk memberi hak milik tanah kepada masyarakat Orang Asli dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Langkah tersebut membolehkan golongan tersebut mendapat manfaat daripada program pembangunan pertanian secara bersepadu menggunakan pendekatan 'agropolitan' dan 'contract farming', katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga akam memberi tumpuan untuk memperbaiki kualiti hidup pekerja ladang dan 'displaced estate workers'.

Beliau berkata, sebanyak RM109 juta diperuntukkan bagi sambungan bekalan air ke-182 estet yang mempunyai keluasan 1,000 ekar atau kurang dan berada tidak melebihi lima kilometer daripada paip utama.

"Bagi golongan muda daripada pelbagai kaum yang tercicir daripada persekolahan, latihan kemahiran serta latihan keusahawanan disediakan seperti kemudahan pinjaman mikro kredit Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) serta latihan di Institut Keusahawanan Negara (Insken), Pusat Giat Mara dan Institut Kemajuan Desa (Infra)," katanya.

Najib berkata, bagi 280,000 isi rumah di kawasan kampung baru China, kerajaan akan membantu mereka membuat pembayaran premium tanah bagi perlanjutan tempoh pajakan.

Sebagai permulaan katanya kerajaan akan menyediakan pinjaman mudah dengan permulaan dana pembiayaan sebanyak RM100 juta yang disalurkan melalui Bank Simpanan Nasional bagi tujuan tersebut, katanya.

Beliau berkata, bagi menangani isu-isu masyarakat yang lain, Jawatankuasa-jawatankuasa Kabinet mengenai Hal Ehwal Kaum India dan Bumiputera Sabah dan Sarawak akan diteruskan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan