Dewan Muslimat Pas Usul Penubuhan Dewan Muslimat Muda

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh berkata sayap Muslimat akan mengutarakan usul bagi penubuhan Dewan Muslimat Muda PAS untuk mencari pelapis muda.

"Namun kita serah kepada perwakilan untuk memperincikan usul ini dan bagaimana ia akan dibentangkan.

"Selepas usul ini diutarakan di dalam muktamar Muslimat, perkara berkenaan akan dibawa ke dalam muktamar penuh yang akan bermula esok," katanya kepada media selepas berucap pada Muktamar Dewan Muslimat PAS ke-50 di sini hari ini. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan