Darjah Kebesaran Chua Jui Meng Ditarik Balik

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gelaran "Datuk" dan "Datuk Seri" Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chua Jui Meng telah ditarik balik.

Bekas menteri kesihatan itu telah diarahkan memulangkan semula dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran "Datuk" dan "Datuk Seri".

Jui Meng sendiri mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli pada pukul 10 pagi tadi untuk dimaklumkan mengenai keputusan tersebut.

Dua darjah kebesaran yang ditarik balik itu ialah "Dato' Paduka Mahkota Johor" dan "Dato' Seri Mahkota Johor".

“Saya tidak terkejut ketika mendapat panggilan daripada Datuk Rahim kerana saya telah agak lambat-laun ini akan berlaku.

“Bagi saya penarikan gelaran ini tidak akan melemahkan semangat saya untuk terus berjuang dalam PKR,” katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Jui Meng berkata, beliau telah diberi amaran bahawa gelaran yang dikurniakan oleh Sultan Johor ketika itu, Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail akan ditarik balik sekiranya beliau menyertai PKR.

“Memang saya sudah diberi amaran sebelum ini yang menyatakan bahawa Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman akan menghadap Sultan Johor untuk menarik balik darjah kebesaran yang dberikan jika saya teruskan hasrat menyertai PKR,” katanya lagi.

Beliau yang juga bekas Naib Presiden MCA mendakwa seorang Datuk dari Johor merupakan 'orang' disebalik penarikan balik darjah kebesaran yang dianugerahkan kepadanya.

“Tak perlulah saya menamakan siapa orang itu. Cukuplah saya katakan dia seorang Datuk dari Johor," ujarnya.

Jelasnya lagi, beliau telah sedia menghadapi sebarang risiko ini setelah menyertai PKR tahun lalu.

“Tidak ada apa yang perlu dikesali, bagi saya inilah harga yang perlu dibayar dalam politik," katanya.

Ditanya bila beliau akan memulangkan kembali darjah kebesaran yang diterimanya, Jui Meng berkata: “Saya akan pulangkan kedua-dua darjah kebesaran ini selepas saya terima surat rasmi daripada istana.”

Jui Meng dianugerahkan gelaran Datuk Seri ketika beliau menjadi Menteri Kesihatan pada tahun 2003. Sementara gelaran Datuk diterimanya ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Bakri pada 1996.

Bekas Naib Presiden MCA ini telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi MCA bahagian Bakri tahun lalu dan menyertai PKR pada Julai tahun yang sama.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan