99 Peratus Bekalan Gula Diimport Dari Negara Luar - Mustapa

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia mengimport kira-kira 99 peratus bekalan gula dari negara luar bagi menampung keperluan gula dalam negara, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sebahagian besar bekalan gula diimport dari Brazil, iaitu 509,630 tan merangkumi 41 peratus daripada bekalan, diikuti Australia dengan jumlah import sebanyak 447,480 tan atau 36 peratus dan Thailand meliputi 14 peratus atau 174,000 tan.

Selain itu, katanya bekalan gula mentah juga diperoleh dari Nicaragua iaitu 99,400 tan atau lapan peratus dan Guatemala sebanyak 12,430 tan meliputi 0.6 peratus.

"Ketika ini bekalan gula dalam negara hanya menyumbang satu peratus daripada jumlah keseluruhan pengeluaran gula iaitu sebanyak 17,000 tan.

"Ia bagi memastikan bekalan gula di pasaran domestik sentiasa mencukupi dan tidak terjejas dengan harga yang turun naik, selaras dengan Akta Kawalan Harga 1946 dan Akta Kawalan Bekalan yang 1961," katanya menjawab soalan Datuk Ismail Kasim (BN-Arau) di persidangan Dewan Rakyat.

Ismail ingin tahu jumlah pengimportan gula mentah dari negara luar bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan gula dalam negara dan sama ada dasar pengimportan itu menyebabkan bekalan gula negara terjejas.

Mustapa berkata, pengeluaran permit import (AP) yang lebih banyak bagi mengimport gula tidak akan menurunkan harga gula jika kerajaan tidak menambah jumlah peruntukan ketika ini yang berjumlah RM1 bilion.

"Harga gula di pasaran dunia ketika ini adalah tinggi dan apabila AP dibuka ia tidak semestinya akan menurunkan harga gula. Selepas dikira kos pengeluaran, harga pasaran gula tempatan adalah berdasarkan harga pasaran antarabangsa," katanya.

Beliau berkata ketika ini harga gula di pasaran antarabangsa adalah RM2.45 sen sekilogram berbanding harga pasaran domestik yang sudah disubsidi iaitu sekitar RM1.65 sen sekilogram.

Katanya, masalah gula boleh diatasi dengan mengurangkan kadar subsidi secara berperingkat bagi memastikan tidak ada perbezaan yang ketara bagi harga pasaran antarabangsa dan domestik, sekali gus akan berupaya mengurangkan kegiatan penyeludupan gula ke negara luar. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan