Syarikat Perlu Latih Graduan & Pekerja Harus Sambung Belajar - Najib

Diterbitkan: Rabu, 9 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau ingin melihat lebih banyak syarikat di negara ini menawarkan program latihan perantisan kepada graduan dan juga pekerja.

Perdana Menteri juga berkata, usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilakukan oleh masyarakat perniagaan bagi meningkatkan kemampuan semua aspek operasi dan pengurusan termasuk membangunkan tenaga kerja yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.

"Dengan berbuat demikian, maka sebagai sebuah negara, kita mampu menjana pengeluaran lebih berkualiti menggunakan sumber tenaga tempatan yang terlatih, sejajar dengan matlamat kita menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi," katanya dalam entri terbaru blog beliau, 1Malaysia.

Najib berkata, beliau bangga dengan tenaga kerja tempatan tetapi seperti yang dinyatakannya semasa melancarkan Model Baru Ekonomi, hanya dengan mempunyai seseorang yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia tidak memadai kerana ia tidak selaras dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

"Penyelesaiannya, saya rasa, ialah (kita) perlu ada tenaga kerja yang dilatih semula agar semua rakyat Malaysia (bukan sekadar lepasan sekolah) yang mempunyai pengetahuan yang sesuai dengan kehendak majikan. Ini dapat dicapai menerusi latihan sambil kerja dan menawarkan program pendidikan secara berterusan," katanya.

Perdana Menteri menambah, soal menimba ilmu tidak harus terhenti di sekolah atau universiti sebaliknya ia harus dilakukan sepanjang tempoh seseorang itu bekerja.

"Saya mahu semua pembaca saya yang dalam umur bekerja supaya sentiasa merebut peluang untuk memajukan diri. Saya ingin menyeru mereka yang tidak berpeluang memasuki kolej/universiti atau yang setaraf dengannya, supaya terus mencari ilmu.

"Saya amat berharap rakyat Malaysia akan mencari jalan menggunakan saluran pelajaran yang praktikal seperti sekolah vokasional dan politeknik. Jangan hanya hadkan pendidikan kita di tahap SPM," katanya.

Mengenai satu kajian yang dibuat menerusi blog beliau, Najib berkata beliau meminta pembaca menyatakan kelayakan akademik masing-masing ketika mula bekerja, sama ada SPM atau lebih rendah, diploma, ijazah pertama dan sarjana.

Katanya maklumat awal menunjukkan kebanyakan responden memiliki kelulusan SPM atau lebih rendah, diikuti pemegang ijazah pertama.

Najib berkata walaupun sampel berkenaan tidak memberi gambaran keseluruhan tentang penduduk negara ini, ia hampir sama dengan penemuan Jabatan Perangkaan bahawa 77 peratus tenaga kerja dalam kalangan rakyat Malaysia atau 60 peratus daripada penduduk negara ini, memulakan pekerjaan mereka dengan kelulusan SPM atau setaraf pada 2007.

"Statistik ini memberikan satu kesempatan besar kepada saya...satu kesempatan untuk memberi semangat dan memajukan lagi tenaga kerja kita ke arah mencapai pertumbuhan yang kita inginkan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan