Rang Undang-Undang Perlindungan Pengguna Perinci Terma

Diterbitkan: Rabu, 9 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2010 memberi jaminan setiap pengguna dilindungi daripada terma tidak adil (UCT) dalam sesuatu kontrak yang biasanya memihak atau menguntungkan pihak yang menyediakan terma berkenaan.

Akta Perlindungan Pengguna 1999 itu yang dipinda melibatkan pindaan terhadap tujuh peruntukan sedia ada, penambahan dua bahagian baru dan satu jadual baru.

Antara kontrak bentuk seragam yang terdapat UCT adalah kontrak melanggan perkhidmatan talian telefon, saluran televisyen, perkhidmatan internet, keahlian pusat kesihatan atau gimnasium, tiket tempat letak kereta dan agensi pekerjaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, walaupun mahkamah ketika ini boleh membatalkan kontrak mengikut Akta Kontrak 1950 tetapi akta itu tidak mempunyai peruntukan yang melindungi pengguna daripada penggunaan istilah atau terma yang dikategorikan tidak munasabah atau tidak adil.

"Peruntukan berkaitan UCT boleh dijadikan rujukan dan digunakan mahkamah sivil untuk mengenal pasti atau menilai sama ada sesuatu terma itu adil atau tidak, sekaligus mempercepatkan proses tuntutan ganti rugi.

"Berdasarkan situasi sekarang, selain menguntungkan pihak yang menyediakan terma, persetujuan atau kerelaan pengguna terhadap syarat kontrak tidak dipertimbangkan," katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2010 di Dewan Rakyat, hari ini.

"Keadaan ini memaksa pengguna terikat dengan terma kontrak walaupun seringkali ia tidak adil kepada pengguna dan memberi peluang kepada pengedar atau penjual untuk menyalahgunakan kelebihan mereka bagi menindas pengguna," katanya lagi. Ismail Sabri berkata, perlindungan pengguna menerusi kontrak bentuk seragam ini penting kerana ia membabitkan urusniaga harian, mengurangkan kos transaksi dan mempercepatkan proses pengendalian.

Beliau berkata, sepanjang tahun ini, kementerian menerima 38 aduan mengenai ketidakpuasan terhadap kontrak termasuk perkhidmatan telekomunikasi, perbankan, perkhidmatan kesihatan, pusat kecantikan dan bengkel kereta.

"Seringkali pengguna hanya diberi pilihan untuk menerima atau tidak kontrak yang ditawarkan, malah pengguna tidak diberikan peluang untuk membaca, mendapatkan nasihat berkenaan terma atau merundingkan terma dalam kontrak itu," katanya.

Ismail Sabri juga berkata, rang undang-undang itu juga akan memperkenalkan Jawatankuasa Pengiklanan untuk memantau iklan yang disasarkan pengguna, menasihati menteri dan mengeluarkan atau menerbitkan maklumat mengenai barang atau perkhidmatan yang boleh mengelirukan pengguna.

"Jawatankuasa itu sesuai kerana terdapat kesukaran untuk menentukan kesahihan dan integriti maklumat yang diberikan kerana sifat iklan yang ringkas dan subjektif," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 27 Jun 2017 3:00 PM

Ardell Dah Jemu Berlakon?

Selasa, 27 Jun 2017 2:25 PM

Siti Nurhaliza Pun Naik ETS Tau!

Selasa, 27 Jun 2017 9:33 AM

Hazman dan Eryn Raya Bersama?

Isnin, 26 Jun 2017 5:00 PM

Wow... Gaya 5 Selebriti Di Pagi Raya

Isnin, 26 Jun 2017 3:00 PM

Dapat Impak Ramai Penyanyi Bernama 'Wani'

Isnin, 26 Jun 2017 12:09 PM

Kisah Raya 3 Teruna

Isnin, 26 Jun 2017 9:30 AM

Selongkar Raya Zara Zya

Kolumnis

iklan

Iklan