Polis Perlu Teruskan Siasatan Kes Buang Bayi Di Terengganu

Diterbitkan: Rabu, 9 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyarankan agar pihak polis meneruskan siasatan dengan menjejaki lelaki yang bertanggungjawab dalam kes pembuangan bayi di Chendering, Kuala Terengganu, dua tahun lepas.

Beliau berkata walaupun ibu kepada bayi malang itu yang merupakan bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendering telah dijatuhkan hukuman, namun kementerian berpendapat kes ini tidak seharusnya tamat begitu sahaja.

"Mesej yang perlu disampaikan kepada masyarakat umum ialah kesalahan bagi kes pembuangan bayi tidak seharusnya diletakkan di atas bahu seorang wanita semata-mata.

"Sebaliknya, pihak lelaki juga mesti dipertanggungjawabkan dan perlu menerima hukuman setimpal atas perbuatan mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Shahrizat berkata sudah tiba masanya pihak berkuasa mensabitkan pihak lelaki bersama-sama dengan pihak wanita dalam kes-kes pembuangan bayi.

"Teknologi yang canggih pada masa kini khususnya penggunaan kaedah DNA boleh dimanfaatkan bagi mengenalpasti bapa bayi berkenaan," katanya.

Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM7,000 ke atas Zarina Sulaiman, 22, selepas mengaku bersalah membuang mayat bayi lelaki yang dilahirkannya, dua tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan