Pelbagai Pihak Sokong K'jaan Kawal Pasaran Gula

Diterbitkan: Rabu, 9 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini meminta kerajaan agar tidak tunduk dengan gesaan persatuan pemborong yang mahu gula dikeluarkan daripada senarai barang kawalan.

Penasihat Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Prof Datuk Mohd Hamdan Adnan berkata, langkah sedemikian hanya memberi peluang kepada peniaga untuk menaikkan harga bahan itu sesuka hati.

"Harga gula kita merupakan yang termurah di rantau ini. Jika perkara ini tidak dikawal saya bimbang pemborong atau peruncit akan mengambil kesempatan dengan menaikkannya sewaktu ura-ura pemotongan subsidi, penyeludupan dan sebagainya," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar semalam yang melaporkan masalah kekurangan bekalan gula di beberapa negeri yang semakin meruncing.

Bagi menangani masalah itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor berkata kerajaan akan meningkatkan bekalan gula kepada pemborong dan peruncit sebanyak lima peratus bermula bulan ini.

Namun kekurangan gula itu dikatakan berpunca daripada ketirisan dalam sistem penyampaian yang dipercayai berlaku untuk mendesak kerajaan mengeluarkan bahan itu daripada kawalan harga.

Pandangan Hamdan dikongsi Setiausaha Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Paduka Nadzim Johan yang berpendapat kawalan harga juga boleh dimanipulasi untuk mendidik masyarakat mengurangkan pengambilan bahan itu.

Ini kerana katanya, walaupun berdepan risiko masalah kesihatan rakyat Malaysia adalah antara pengguna gula tertinggi dunia.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Pengangkutan Malaysia, Datuk Zainal Rampak berkata, sekiranya bahan itu dikeluarkan daripada kawalan harga, ia akan mempengaruhi sektor lain termasuk pengangkutan.

"Kalau harga gula naik, kos penghantaran juga harus naik," katanya yang meminta kerajaan agar tidak tunduk kepada permintaan persatuan pemborong dan peruncit itu.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan