Mercy Malaysia Teruskan Bantuan Ke Gaza

Diterbitkan: Rabu, 9 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertubuhan bantuan perubatan sukarela Mercy Malaysia (Mercy) menafikan dakwaan bahawa doktornya terkorban di Gaza yang menyebabkan sukarelawannya tidak dihantar menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza tahun ini.

Presidennya Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus sebaliknya berkata tugasan mereka di Gaza dilakukan oleh rakan kongsi mereka dari kalangan rakyat tempatan di sana.

"Kami mendapat tahu terdapat khabar angin yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa mengenai kematian doktor kami yang dihantar ke Gaza.

"Kami ingin merayu kepada orang ramai agar menghentikan menyebar SMS berkenaan, kerana ia adalah tidak betul," katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata antara yang sedang diusahakan oleh Mercy di Gaza ialah mengadakan program psikososial bersama Emaar Society, di mana pihaknya telah menubuhkan pusat penjagaan dan rundingan psikologi untuk penduduk di Semenanjung Gaza.

"Konflik berterusan di Gaza telah meninggalkan kesan psikologi yang mendalam di kalangan penduduknya yang masih hidup dan ini adalah antara cara kami menyokong penduduk setempat," katanya.

Dr Ahmad Faizal berkata bentuk bantuan lain termasuk bantuan peralatan perubatan dan ambulans serta pembinaan semula Penempatan Perubatan El-Wafa dan Hospital Pembedahan Pakar.

"Kami merasa kesal yang teramat sangat mengenai berita kehilangan nyawa dan keganasan para sukarelawan yang dihantar ke Gaza dan kami melahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang meninggal dan cedera.

"Kami menggesa pembukaan segera, kekal dan tanpa syarat kepada laluan bantuan kemanusiaan dan pekerja bantuan ke Gaza dan sebaliknya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan